Jadikan Stok Rumah Tak Terjual Peluang Milik Rumah Pertama

Kuala Lumpur, 8 Mei 2025. Lebihan rumah yang belum terjual di pasaran wajar dijadikan peluang untuk membantu anak muda memiliki rumah pertama, kata bekas Ketua Pengarah JPPH, Prof. Mohd Khairudin Abd Halim.

Menurutnya, dasar sedia ada perlu dikaji semula agar seiring dengan realiti pasaran dan kemampuan pembeli. “Kerajaan boleh pertimbang insentif untuk pembeli kali pertama seperti pengecualian duti setem atau pembiayaan kadar rendah bagi rumah dalam julat RM200,000 hingga RM400,000,” katanya.

Beliau berkata lebihan stok sedia ada menunjukkan perancangan perumahan terlalu berpaksikan keuntungan tanpa memahami permintaan sebenar. “Ini masa terbaik padankan rumah kosong dengan keperluan generasi muda,” katanya lagi.

#Prezcom