Lebih 7,000 Anggota APM Siap Siaga Hadapi Banjir Monsun Timur Laut

  DUNGUN 11/0/2026 Lebih 7,000 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sepenuh masa di seluruh negara bersiap siaga untuk digerakkan sekiranya berlaku banjir sepanjang Monsun Timur Laut (MTL). APM telah mengeluarkan arahan pengoperasian kepada semua negeri supaya kesiapsiagaan anggota dan aset berada pada tahap optimum menjelang musim berkenaan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, […]

AI Perlu Diintegrasikan Dalam Semua Bidang Pengajian Universiti, Kata Zambry

KUALA LUMPUR 5 September 2026 – Institusi pendidikan tinggi di Malaysia perlu mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) merentasi semua bidang pengajian, termasuk kemanusiaan, pengurusan dan hubungan antarabangsa, bagi memastikan kurikulum kekal relevan dengan perkembangan teknologi dan perubahan dunia pekerjaan. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata AI tidak lagi boleh dianggap sekadar alat […]

Pelaburan Masuk Berbilion, Tetapi Berapa Banyak Nilainya Benar-Benar Kekal Di Malaysia?

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2026 – Malaysia akan menyemak semula pemohon pelaburan baharu bagi memastikan syarikat yang menjalankan aktiviti di negara ini benar-benar menjana pekerjaan dan membawa manfaat kepada ekonomi domestik, susulan kebimbangan terhadap operasi yang hanya menggunakan kemudahan tempatan sebagai gudang atau pusat transit tanpa menghasilkan limpahan ekonomi yang bermakna. Perdana Menteri Datuk Seri […]

SPRM Teliti Program Tanam Semula Sawit FELDA Palong 7, Nilai Dilapor Cecah RM80 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti maklumat berkaitan pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula sawit di FELDA Palong 7, Wilayah Raja Alias, Bandar Sri Jempol, Negeri Sembilan, termasuk persoalan mengenai kualiti serta pematuhan spesifikasi anak benih yang dibekalkan. Program berkenaan dilaporkan memberi manfaat kepada kira-kira 450 peneroka dan dianggarkan […]

Kadar Kesuburan Malaysia Turun Kepada 1.6 Anak, Kos Hidup dan Kahwin Lewat Jadi Tekanan

18/8/2026 KUALA LUMPUR: Kadar kesuburan keseluruhan Malaysia turun kepada 1.6 anak bagi setiap wanita pada 2024, lebih rendah daripada purata dunia sekitar 2.2 dan berada di bawah paras penggantian penduduk 2.1, ketika banyak negara Asia turut berdepan trend keluarga semakin kecil. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan Total Fertility Rate atau TFR negara turun daripada […]

Pengeluaran Getah Naik 31.5 Peratus Berbanding Mei, Pekebun Kecil Sumbang 88.7 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Ogos 2026 Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026, berbanding 20,198 tan pada Mei, dengan pekebun kecil terus menjadi penyumbang utama pengeluaran negara. Menurut laporan Perangkaan Getah Bulanan, Jun 2026 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sektor pekebun kecil menyumbang 88.7 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah asli, […]

Malaysia Berada Pada Kedudukan Kukuh Untuk Menerajui Pertumbuhan EV ASEAN

KUALA LUMPUR 12/08/2026 Malaysia berada pada kedudukan yang kukuh untuk menjadi antara peneraju pertumbuhan permintaan kenderaan elektrik (EV) di ASEAN di luar dua pasaran terbesar rantau ini iaitu Vietnam dan Thailand. Menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions, kekuatan kuasa beli pengguna Malaysia serta peningkatan daya saing model EV khususnya daripada pengeluar China dijangka […]

LPPKN: Kos Sara Hidup, Pendapatan dan Pekerjaan Tidak Stabil Punca Golongan Muda Tangguh Kahwin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos 2026 Tekanan kos sara hidup, ketidakstabilan pekerjaan dan kebimbangan terhadap kedudukan kewangan dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyebabkan ramai golongan muda di Malaysia menangguhkan perkahwinan dan rancangan untuk mempunyai anak, walaupun majoriti masih berhasrat membina keluarga. (majujohor.bernama.com) Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul […]

Scammer Kini Guna AI, Suara dan Video Palsu Semakin Sukar Dikesan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2026 Ancaman penipuan dalam talian di Malaysia kini memasuki fasa baharu apabila sindiket scam semakin agresif menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bersama teknik social engineering untuk memperdaya mangsa. Gabungan kedua-dua pendekatan itu menjadikan penipuan digital jauh lebih meyakinkan dan semakin sukar dikesan berbanding kaedah konvensional. Perkembangan tersebut disokong oleh data rasmi […]

JAKIM Seru Institusi Pengurusan Dana Awam Perkukuh Integriti dan Amanah

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2026 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyeru semua institusi yang diamanahkan mengurus wang dan aset rakyat supaya terus memperkukuh integriti, ketelusan serta akauntabiliti bagi memastikan kepercayaan masyarakat terhadap institusi awam sentiasa terpelihara. Seruan itu disampaikan menerusi khutbah Jumaat yang menegaskan bahawa amanah dalam mengurus harta dan kepentingan awam bukan sekadar tanggungjawab […]