Rafizi Ramli Pertimbang Berundur dari Jawatan Timbalan Presiden PKR

Kuala Lumpur, 4 Mei 2025. Datuk Seri Rafizi Ramli, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Menteri Ekonomi, kini sedang bercuti sehingga 31 Mei 2025. Cuti panjang beliau telah mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan beliau berundur daripada jawatan parti. Menurut laporan, Rafizi dilaporkan menyuarakan hasrat untuk berundur dalam satu mesyuarat bersama penyokongnya selepas Mesyuarat Majlis Namun, […]
Hubungan BERSATU dan UMNO Seperti Carik-Carik Bulu Ayam

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025. Politik Malaysia sekali lagi mencetuskan perbincangan hangat apabila BERSATU memberi isyarat terbuka tentang kemungkinan bekerjasama semula dengan UMNO. Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa keterbukaan ini bukan kerana kelemahan, tetapi bagi mencapai matlamat politik yang lebih besar iaitu memperjuangkan agama, bangsa, dan negara. Dalam satu podcast yang […]
Isu 3R (Kaun, Agama dan Raja) Adalah Larangan Tidak Sah Dari Segi Perundangan

Kuala Lumpur, 3 Mei 2025. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyuarakan kebimbangan terhadap sekatan kebebasan bersuara berkaitan isu 3R (kaum, agama, raja) yang masih berkuat kuasa di negara ini. Beliau mendakwa bahawa larangan ini bukan sahaja tidak sah dari segi perundangan kerana tidak diluluskan di Parlimen, malah mengekang rakyat daripada membincangkan perkara […]
MDV Pacu Malaysia Menjadi Pemimpin Serantau dalam Teknologi dan Inovasi

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), disokong oleh Kementerian Kewangan dan beroperasi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), semakin giat memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam bidang teknologi dan inovasi. Dengan suntikan dana strategik melebihi RM13 bilion kepada lebih 1,000 projek teknologi berimpak tinggi, MDV memainkan peranan […]
Doktor Bantah Undang-Undang Penandaan Harga Ubat, Lancar Protes ke Putrajaya 6 Mei Ini

PUTRAJAYA, 2 Mei – Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengumumkan akan mengadakan perarakan aman bertajuk “Doctors Betrayed: The Long Walk to Putrajaya” pada Selasa depan, 6 Mei 2025, sebagai bantahan terhadap pelaksanaan undang-undang baharu yang mewajibkan fasiliti kesihatan swasta memaparkan harga ubat secara terbuka. Protes tersebut dijadualkan bermula dari Kementerian Kesihatan menuju Pejabat Perdana Menteri dengan […]
MIMOS dan MyEG Lancar Infrastruktur Blockchain Negara, Lonjakkan Ekonomi Digital Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2025. Malaysia kini melangkah maju ke arah transformasi ekonomi digital dengan pelancaran Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI), sebuah platform nasional yang dibangunkan oleh MIMOS Berhad dengan kerjasama MyEG Services Berhad. Pelancaran rasmi ini merupakan satu langkah strategik dalam usaha kerajaan mempercepat inovasi blockchain, sejajar dengan Inisiatif Aset Digital Kerajaan dan visi MADANI […]
Pekerja Bank Tuntut Hak di Putrajaya: Hak Asasi Dicabul

Kuala Lumpur, 2 Mei 2025. Pada 1 Mei 2025 semalam, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank Malaysia (NUBE) telah menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di hadapan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya sempena Hari Pekerja. Perhimpunan ini bertujuan untuk menuntut keadilan dan akauntabiliti bagi pekerja bank yang didakwa menghadapi penindasan dan pencabulan hak oleh pihak pengurusan bank. Tuntutan […]
Semua Farmasi dan Klinik Swasta Wajib Papar Harga Ubat Mulai 1 Mei 2025: Langkah Baharu Kerajaan Madani untuk Ketelusan dan Hak Pengguna

PUTRAJAYA, 1 Mei 2025 – Bermula hari ini, semua farmasi komuniti dan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara diwajibkan untuk memaparkan harga ubat-ubatan secara jelas dan telus kepada pengguna. Langkah ini dikuatkuasakan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025, selaras dengan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723). Pelaksanaan […]
Subsidi Telur Ayam Ditamatkan Sepenuhnya Pada 1 Ogos 2025

Kuala Lumpur, 1 Mei 2025. Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa subsidi telur ayam dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji bermula 1 Mei 2025, dan akan ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos 2025. Langkah ini menandakan satu fasa baharu dalam dasar subsidi makanan negara selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi di bawah Kerajaan MADANI. Menurut kenyataan rasmi […]
52,400 Orang Terbunuh di Gaza, ICC Kekalkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu dan Gallant

GAZA / THE HAGUE, 1 Mei 2025 – Serangan udara berterusan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 52,400 rakyat Palestin sejak Oktober 2023, menurut pengumuman rasmi Kementerian Kesihatan Palestin. Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, serangan terbaru mengorbankan 35 orang dan mencederakan lebih 109 yang lain, menjadikan angka keseluruhan mangsa yang cedera […]