PROTON Xchange: Insentif Cukai Jalan Setahun dan Rebat Tunai untuk Pemilik Kenderaan Lama

SUBANG JAYA, 16 Mei 2025 – Kerajaan Malaysia kini menawarkan insentif pengecualian cukai jalan selama setahun bagi pemilik kenderaan lama yang menyertai Program PROTON Xchange, inisiatif terkini hasil kerjasama antara Kementerian Pengangkutan dan PROTON bagi menggalakkan keselamatan jalan raya serta penggunaan kenderaan lebih mesra alam. Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, ketika melancarkan program itu hari […]
Penyimpanan Minyak Masak Tanpa Lesen: Pengurus Restoran di Seremban Didenda RM100,000

SEREMBAN, 16 Mei 2025 – Seorang pengurus restoran nasi kandar didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban semalam selepas didapati bersalah menyimpan 1,241 kilogram minyak masak di premis tidak berlesen—satu kesalahan serius yang melibatkan barang kawalan dan memberi impak besar terhadap kepentingan awam serta ekonomi negara. Tertuduh, Das Jhonny Chandra, 38, yang merupakan warga Bangladesh dan […]
Nissan Umum Pengurangan 20,000 Pekerjaan Susulan Kerugian Besar

TOKYO, 16 Mei 2025. Nissan Motor Corp. mengumumkan rancangan pemulihan besar-besaran yang akan menyaksikan pengurangan 20,000 pekerjaan di seluruh dunia menjelang Mac 2028, susulan kerugian bersih sebanyak ¥671 bilion (€4 bilion) pada tahun kewangan yang berakhir Mac lalu. Ini merupakan perubahan drastik berbanding keuntungan €2.6 bilion pada tahun sebelumnya. Ketua Eksekutif Nissan, Ivan Espinosa, menggariskan […]
10 Kandungan Kontroversi Netflix yang Telah Diturunkan Akibat Desakan Negara

Kuala Lumpur, 16 Mei 2025. Selain dari isu kandungan berbentuk penipuan dan scam diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) isu sekatan kandungan juga terpakai dan melibatkan sekatan pelbagai negara, contohnya syarikat terkemuka Netflix tidak terlepas dari isu ini. Netflix, sebuah gergasi penstriman global yang memiliki lebih daripada 13,000 tajuk kandungan, sering menambah dan mengurangkan […]
Sindiket Ah Long Siber: Jadikan Mangsa Pemilik Akaun Keldai dan Berhutang Hingga Ke Liang Lahat

SHAH ALAM – Kemunculan Ah Long siber atau lintah darat digital kini semakin berleluasa, mencetuskan kitaran hutang tanpa kesudahan, menjerat mangsa ke dalam situasi yang tragis dan kompleks. Dengan mengeksploitasi teknologi terkini, sindiket ini bukan sahaja menipu tetapi turut memperalatkan mangsa sehingga tanpa sedar menjadi rakan sejenayah. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah Sepang, […]
Bahasa Melayu Jiwa Bangsa: Mengapa Penting Memartabatkan Bahasa Kebangsaan?

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2025. “Bahasa jiwa bangsa” adalah ungkapan popular, namun sejauh manakah masyarakat Malaysia memahami makna sebenar di sebaliknya? Bahasa Melayu, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 152, bukan sahaja menjadi bahasa rasmi tetapi juga identiti penyatuan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang budaya dan kaum. Namun, realiti hari ini […]
Kes HFMD Naik Mendadak 266%, Ibu Bapa Digesa Tingkat Langkah Pencegahan

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2025. Malaysia merekodkan lonjakan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 266 peratus, dengan sejumlah 99,601 kes dilaporkan sehingga 26 April 2025 berbanding 27,236 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan rasminya memaklumkan, meskipun peningkatan kes ini membimbangkan, tiada kematian dilaporkan setakat ini. Daripada […]
MCMC Turunkan Lebih 40,000 Kandungan Palsu dan Scam, Seru Masyarakat Celik Digital

PUTRAJAYA, 15 Mei – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 10,493 kandungan palsu dan 30,427 kandungan berbentuk penipuan dalam talian atau scam dari Januari sehingga 15 April tahun ini, sekali gus mencetuskan gesaan supaya masyarakat lebih bijak menilai maklumat di ruang digital. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, berkata statistik ini jelas […]
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Wakili PDRM ke World Police Summit 2025

DUBAI, 13 Mei 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mewakili negara ke World Police Summit 2025 di Dubai World Trade Centre. Program bertaraf global ini dianjurkan di bawah naungan Tuan Yang Terutama Sheikh Mohammed […]
Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Cuai: Mahkamah Jatuhkan Hukuman Penjara dan Denda Berat

KUALA LUMPUR, 14 Mei. Tragedi kemalangan melibatkan pemanduan cuai terus mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah jalan raya bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 30 hari serta denda RM12,000 terhadap K. Darmaraju, 32, pemandu sebuah kenderaan Nissan […]