LHDN Ingatkan Tentang Dua Risiko Penting: Risiko Sekatan Perjalanan DiSekat dan Risiko Scammer

KUALA LUMPUR, 27/2/2026 Pembayar cukai yang gagal mengemukakan e-Filing atau menjelaskan bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan berdepan risiko penalti serta tindakan penguatkuasaan termasuk sekatan perjalanan, apabila musim e-Filing bagi Tahun Taksiran 2025 bermula pada 1 Mac 2026. Pegawai Jabatan Perkhidmatan Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Nur Azureen Ismail, berkata orang ramai perlu membuat persediaan […]
Jeratan ‘Belajar Pelaburan Percuma’ Ragut RM1.2 Juta, Polis Siasat di Bawah Seksyen 420

KUALA LUMPUR 26/2/2026 Niat seorang kontraktor tempatan berusia pertengahan 60-an untuk menimba ilmu pelaburan saham secara percuma berakhir dengan kerugian RM1.2 juta selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Berdasarkan laporan polis yang dibuat pada 13 Februari 2026, mangsa mula tertarik dengan satu iklan “kelas […]
JSJK Beri Amaran Pautan Palsu ‘Berbuka Puasa Percuma’, Walaupun Tiada Laporan Diterima Setakat Ini

KUALA LUMPUR 26/2/2026 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesahkan bahawa setakat ini tiada laporan polis diterima yang secara khusus berkaitan pautan penipuan jemputan berbuka puasa percuma seperti yang tular di media sosial. Namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa taktik tersebut berpotensi digunakan oleh sindiket bagi mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan orang ramai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah […]
TV AlHijrah dan Penduduk Danau Kota Anjur Program Bubur Lambuk, Perkukuh Perpaduan Ramadan

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2026 Persatuan Penduduk Taman Danau Kota dengan kerjasama TV AlHijrah hari ini menganjurkan program memasak dan pengagihan bubur lambuk di Pusat Aktiviti Persatuan atau Kabin di Jalan 12/23B, Taman Danau Kota 23B, sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan yang memfokuskan kepada penyatuan komuniti setempat. Aktiviti memasak dijadual bermula seawal jam 8.00 pagi […]
Desakan RCI Isu “Mafia Korporat” Naik Ke Kabinet, Ujian Besar Terhadap Integriti Tadbir Urus Negara

KUALA LUMPUR 25/2/2026 Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dakwaan kewujudan “mafia korporat” kini berada di peringkat Kabinet selepas dibangkitkan dalam mesyuarat terbaru Jemaah Menteri. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dan akan terus diperjuangkan sebagai pendirian parti. Perkembangan ini membawa isu tersebut daripada polemik politik kepada pertimbangan institusi tertinggi kerajaan. […]
Stadium Titiwangsa Diisytihar “Home of Sepak Takraw” Selepas Kejayaan Gemilang Malaysia 2025

KUALA LUMPUR 24/2/2026 Kejayaan cemerlang Malaysia dalam sukan sepak takraw sepanjang tahun 2025 kini diterjemahkan kepada komitmen jangka panjang apabila Stadium Titiwangsa secara rasmi diisytiharkan sebagai “Home of Sepak Takraw”. Pengumuman itu dibuat susulan pencapaian membanggakan skuad negara yang muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia pada Mei 2025 di Stadium Titiwangsa sendiri, sebelum […]
Tiada Kompromi Sublet dan Jual Beli Tapak: Kerajaan Perketat Penguatkuasaan Bazar Ramadan 2026

KUALA LUMPUR, 23/2/2026 Kerajaan MADANI menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap amalan sublet, jual beli tapak dan pengambilan keuntungan berlebihan dalam pengurusan Bazar Ramadan, meskipun kadar caj tapak bagi tahun 2026 telah diturunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ketegasan itu dinyatakan dalam sidang media bertajuk “DBKL Turunkan Kadar Caj Tapak Bazar Ramadan Tahun 2026”, yang […]
Scammer Aktif Sasar Pengguna BNPL: Ingatkan Baucher Rupanya Bala

PETALING JAYA, 23/2/2026 Sindiket penipuan kini dikesan menyasarkan pengguna skim Beli Sekarang Bayar Kemudian atau BNPL dengan taktik lebih licik, menyebabkan mangsa bukan sahaja kehilangan wang, malah menanggung pertambahan hutang tanpa disedari sehingga mencecah belasan ribu ringgit. Modus operandi sindiket bermula dengan panggilan telefon atau mesej WhatsApp yang menyamar sebagai pegawai syarikat e-dagang. Mangsa dimaklumkan […]
Tiada Bantuan Ramadan atau Tuntutan E-Tunai: MoF Dedah Mesej Palsu Tular, Orang Ramai Diminta Waspada

PUTRAJAYA 22/2/2026 Kementerian Kewangan Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang permohonan rasmi bagi “Bantuan Ramadan” atau “Tuntutan Kredit E-Tunai” seperti yang sedang tular di media sosial ketika ini, dan mesej berkenaan disahkan sebagai palsu. Amaran tersebut dikeluarkan selepas beberapa tangkap layar mesej serta pautan mencurigakan dikongsi secara meluas di platform digital, kononnya menawarkan bantuan kewangan khas […]
Reruai Street Dakwah Disita DBKL, Firdaus Wong Persoal Konsistensi Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR 21/2/2026 Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita kanopi dan bahan dakwah milik pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Jalan Bukit Bintang pada hari pertama Tahun Baharu Cina mencetus polemik awam apabila pengasasnya, Firdaus Wong, mempersoalkan asas dan prosedur penguatkuasaan tersebut. Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Firdaus yang juga Pengerusi […]