Pesta Durian Mega di UPSI, 2.3 Tan Durian Cetus Kegembiraan Warga Universiti

  TANJONG MALIM, 24 Julai. Sebanyak 2.3 tan durian diagihkan kepada warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena Sambutan Hari Keluarga UPSI 2025, mencatat rekod pengagihan durian terbesar dalam sejarah universiti tersebut, di Gerbang Suria, Kampus Sultan Azlan Shah, semalam. Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff menegaskan acara ini bukan sahaja […]

900 Laporan Polis Diabaikan? MIC Desak Keadilan Terhadap Zamri Vinoth dan Firdaus Wong

KUALA LUMPUR, 23/7/2025. Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran mempertikai tindakan Pejabat Peguam Negara (AGC) yang tidak meneruskan pendakwaan terhadap Zamri Vinoth dan Firdaus Wong, meskipun hampir 900 laporan polis telah dibuat terhadap mereka. Keputusan AGC ini, diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, mencetuskan kontroversi […]

Kejutan Ogos: Majikan Wajib Bayar Gaji Minimum RM1,700 atau Berdepan Tindakan Undang-Undang!

KUALA LUMPUR, 23/7/2025. Bermula 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian di seluruh Malaysia wajib membayar gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan kepada pekerja masing-masing. Keputusan ini, yang melibatkan semua sektor pekerjaan termasuk pekerja bukan warganegara, bakal memberi impak besar terhadap struktur operasi syarikat dan kehidupan jutaan pekerja. Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menegaskan pelaksanaan penuh Perintah […]

Skandal Makanan Hospital: JAKIM Bongkar Syarikat Katering Tiada Sijil Halal

SUNGAI PETANI, 23/7/2025. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah menyiasat segera isu pelantikan syarikat katering tanpa sijil halal oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, menegaskan beliau sedang menunggu laporan penuh sebelum memberi […]

“Buang Sampah Kecil, Bersiaplah Pakai Jaket Khidmat Masyarakat!”

KUALA LUMPUR, 22/7/2025.  Individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil di tempat awam kini boleh dikenakan hukuman perintah khidmat masyarakat, susulan Rang Undang-Undang (RUU) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Isnin. Langkah ini diambil selepas mendapati pengenaan denda sedia ada tidak lagi berkesan, malah rekod menunjukkan masalah ini […]

“Mayat itu bukan anak saya!” – Jeritan Pilu Ibu Zayn Rayyan Cetus Kontroversi di Mahkamah

  KUALA LUMPUR, 22/7/2025. Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Sesyen Shah Alam apabila ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, Ismanira Abdul Manaf menafikan bahawa mayat yang ditemui berhampiran Pangsapuri Idaman, Damansara Damai, adalah anaknya. Ismanira membuat kenyataan mengejutkan itu ketika perbicaraan hari pertama bela diri atas pertuduhan pengabaian kanak-kanak yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal […]

Penunggang Motosikal Nyaris Maut, Leher Terjerut Tali Layang-Layang di MRR2

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Seorang penunggang motosikal cedera di bahagian leher apabila terjerut tali layang-layang ketika sedang menunggang di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Sri Damansara berhampiran Taman Metropolitan Kepong dalam satu insiden mengejutkan kira-kira pukul 6 petang semalam. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri […]

15,000 Dijangka Sertai ‘Himpunan Turun Anwar’, Lebih 2,000 Anggota PDRM Bersiap Siaga

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lebih 2,000 anggota polis akan ditempatkan di sekitar ibu negara bagi memastikan kelancaran perhimpunan “Turun Anwar” yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, dengan anggaran kehadiran peserta seramai 15,000 orang. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dalam kenyataannya […]

Pengasas Program eHati Berdepan Penjara 3 Tahun, Denda RM30,000 – “Bukan Kaunselor Berdaftar!”

KUALA LUMPUR, 21/7/2025. Pengasas program kontroversi eHati, Diyana Tahir, kini berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun serta denda maksimum RM30,000 selepas Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) mengesahkan beliau bukan seorang kaunselor berdaftar, sekali gus melanggar Akta Kaunselor 1998. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini, Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) menjelaskan bahawa Diyana Tahir tidak pernah berdaftar […]