🇲🇾✈️ Malaysia Beli 30 Lagi Pesawat Boeing Bernilai RM45 Bilion, Demi Rundingan Cukai dengan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 3/8/2025 Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila mengumumkan pembelian tambahan sebanyak 30 buah pesawat Boeing dari Amerika Syarikat, dengan nilai dagangan mencecah USD9.5 bilion, atau sekitar RM45 bilion. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, dalam satu sidang media khas yang diadakan di […]

Akhirnya Rakyat Tidak Lagi “Lump Sum” dan Terabai Lepas Bersara?

KUALA LUMPUR, 2/8/2025 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang meneliti cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem bayaran pencen bulanan kepada ahlinya, berbanding sistem pengeluaran sekaligus (lump sum) seperti yang diamalkan sekarang. Langkah ini diumumkan berikutan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) oleh Perdana Menteri di Parlimen minggu ini. Cadangan ini datang ketika kebimbangan mengenai ketidakcukupan simpanan […]

🇲🇾 Malaysia Menuju Negara Tua Lebih Cepat – Usia Persaraan Wajib Bakal Disemak Semula?

  KUALA LUMPUR, 2/8/2025 Malaysia sedang meneliti semula usia persaraan wajib susulan amaran bahawa negara ini akan mencapai status negara tua lebih awal daripada jangkaan. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 di Parlimen semalam. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, lebih 17% penduduk dijangka berumur 60 tahun ke […]

Latihan Sambil Dibiayai: Graduan TVET Kini Boleh Ikuti Kursus Keusahawanan MSU Secara Percuma!

  SHAH ALAM, 2/8/2025 Kerajaan Perpaduan baru-baru ini mengumumkan inisiatif baharu yang bakal mengubah haluan kerjaya ribuan graduan TVET. Dalam satu pengumuman mengejutkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa semua graduan TVET yang ingin melanjutkan pengajian dalam kursus keusahawanan di Management and Science University (MSU) akan menerima pembiayaan penuh melalui […]

Buli di Sekolah: Ikatan Komuniti Selamat Desak KPM Ambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR, 1/8/2025 Lebih daripada sekadar masalah disiplin, kes buli di sekolah perlu dijadikan agenda nasional yang mendesak, tegas Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mengambil langkah proaktif secara menyeluruh untuk melindungi pelajar daripada ancaman fizikal, emosi dan psikologi yang semakin serius. Dalam kenyataan rasminya […]

PAC Desak Kerajaan Naikkan Ambang RM150,000 e-Invois, Lindungi Usahawan Mikro Daripada Beban Berlebihan

KUALA LUMPUR, 1/8/2025. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan mengkaji semula ambang pendapatan bagi pelaksanaan mandatori sistem e-invois, dengan menyifatkan had RM150,000 setahun sebagai terlalu rendah dan mampu membebankan lebih 700,000 usahawan mikro di seluruh negara. Dalam laporan susulan PAC terhadap akaun belum terima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dikeluarkan pada Rabu, jawatankuasa […]

Kes Kematian Zara Qairina: 60 Individu Termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ Dipanggil Polis, Unsur Buli Disiasat

SABAH, 1/8/2025 Sebanyak 60 individu termasuk tiga nama yang tular di media sosial iaitu ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan seorang pelajar dikenali sebagai ‘Tomboi’ telah dipanggil polis untuk membantu siasatan kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh […]

Tular Pelajar Tumbuk Guru: Remaja 14 Tahun Mengaku Bersalah di Mahkamah, Berdepan Hukuman Berat

KAJANG. 31/7/2025 Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang videonya tular kerana menumbuk gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu, atas pertuduhan mencederakan guru tersebut. Kes yang berlaku pada 28 Julai lalu kini menarik perhatian ramai berikutan hukuman berat yang bakal menanti remaja berkenaan. Dalam prosiding tertutup yang dikendalikan Majistret Fatin Dayana Jalil, […]

16,800 Individu Disekat Keluar Negara Akibat Gagal Bayar Cukai RM1.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 31/7/2025. Seramai 16,800 individu telah dikenakan sekatan perjalanan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara Januari hingga Mei 2025 kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai sebanyak RM1.2 bilion. Langkah drastik ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan bagi meningkatkan tahap pematuhan cukai dalam kalangan rakyat Malaysia. Laporan susulan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dikeluarkan […]

Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Namun Kadar Peningkatan Perlahan

KUALA LUMPUR, 30/7/2025. Hutang kerajaan persekutuan Malaysia telah meningkat kepada RM1.3 trilion pada akhir bulan Jun 2025 dan telah mencetuskan kebimbingan awam. Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menjelaskan bahawa peningkatan hutang dari RM1.25 trilion pada akhir tahun 2024 disebabkan oleh keperluan pembiayaan untuk perbelanjaan […]