SKYLIFT REMPUH KANOPI SEMENTARA ECRL: STRUKTUR RUNTUH ATAS MRR2, PEKERJA & KONTRAKTOR DISIASAT – DOSH SAH INSIDEN BERISIKO TINGGIKUALA

KUALA LUMPUR, 20 November 2025 Sebuah kanopi sementara projek ECRL di Kampung Sungai Pusu, Selayang runtuh secara mengejut ke atas sebuah kereta yang sedang bergerak di Lebuhraya MRR2 petang semalam selepas struktur itu dilanggar boom skylift ketika kerja pemeriksaan sedang dijalankan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Selangor mengesahkan faktor impak tersebut sebagai punca utama […]

UM Kekal Universiti Paling Mampan di Malaysia, Catat Skor 85.4 dalam QS Sustainability 2026

KUALA LUMPUR, 20 November 2025 Universiti Malaya (UM) sekali lagi mengukuhkan statusnya sebagai universiti paling mampan di Malaysia apabila mengekalkan kedudukan teratas negara untuk tahun ketiga berturut-turut dalam senarai QS World University Rankings: Sustainability 2026. Di peringkat global, UM berada di tangga ke-166 daripada 2,001 institusi, meletakkannya dalam kelompok sembilan peratus teratas universiti paling mampan […]

Ketua Eksekutif Google Beri Amaran: “Tiada Syarikat Selamat Jika Gelembung AI Meletup”

LONDON, 19 November 2025 Dunia teknologi digemparkan dengan kenyataan tegas Ketua Eksekutif Alphabet (syarikat induk Google), Sundar Pichai, yang memberi amaran bahawa tiada syarikat akan terselamat sekiranya gelembung pelaburan kecerdasan buatan (AI) meletup. Amaran itu hadir pada saat nilai pasaran teknologi meningkat mendadak dan syarikat-syarikat global berlumba membuat pelaburan besar dalam pembangunan AI. Dalam wawancara […]

CHINA–JEPUN MEMUNCAK: AMARAN KESELAMATAN, BOIKOT PELANCONGAN DAN TUDUHAN HIDUPKAN SEMANGAT MILITARISME

BEIJING/TOKYO, 19 November 2025 Krisis diplomatik paling serius antara China dan Jepun dalam beberapa tahun kebelakangan ini tercetus selepas Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, secara terbuka mengaitkan kemungkinan serangan China ke atas Taiwan sebagai satu “ancaman kewujudan” (existential threat) terhadap Jepun, yang boleh mencetuskan tindak balas ketenteraan oleh Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF). Kenyataan itu […]

Mahkamah Tolak Tangguh Kebankrapan: Najib & Anak Berdepan Tindakan Selepas Gagal Bayar Cukai RM1.69 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 November 2025 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin Najib, berdepan tindakan kebankrapan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan mereka untuk menangguhkan prosiding yang dimulakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Keputusan itu membuka laluan kepada LHDN meneruskan tindakan undang-undang bagi menuntut tunggakan cukai RM1.69 bilion […]

Kerajaan Perketat Tindakan: Lesen & Permit Lori Berat Akan Digantung Jika Ulang Kesalahan Muatan Berlebihan

PETALING JAYA, 18 November 2025 Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan satu kaedah penguatkuasaan baharu yang lebih tegas terhadap syarikat pengendali kenderaan berat yang berulang kali melakukan kesalahan membawa muatan melebihi had dibenarkan. Pendekatan itu, yang dinamakan sebagai sistem “three strikes out”, akan menyaksikan lesen dan permit syarikat terbabit digantung atau dibatalkan […]

Sindiket Scam Antarabangsa Digempur: Lelaki Malaysia  Diserah Kepada Polis Singapura

SINGAPURA, 18 November 2025 Seorang lelaki Malaysia yang dipercayai menjadi anggota sindiket penipuan berpusat di Phnom Penh akhirnya ditahan selepas operasi rentas negara melibatkan pihak berkuasa Kemboja, Malaysia dan Singapura. Suspek, Bernard Goh Yie Shen, 24, ditangkap oleh Polis Negara Kemboja (CNP) sebelum dideportasi ke Malaysia dan kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk […]

GRS Umum Reformasi Besar: Had Dua Penggal Ketua Menteri dan Janji Tuntaskan Hak MA63 Dalam Manifesto Baharu

KOTA KINABALU, 18 November 2025 Suasana politik Sabah kembali memanas apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 dengan beberapa komitmen besar, termasuk pelaksanaan segera hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta cadangan menetapkan had maksimum dua penggal bagi jawatan Ketua Menteri. Manifesto itu diumumkan sendiri oleh […]

Sindiket “Pade Ajak” Tumpas: Rumah Transit Belakang Kedai Runcit, Caj Sehingga RM2,100 Seorang

  KUALA SELANGOR, 17 November 2025 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket penyeludupan migran yang dikenali sebagai “Pade Ajak” selepas serbuan serentak di beberapa lokasi di sekitar Kuala Selangor pada 11 November 2025 lalu. Dalam operasi hasil risikan dan maklumat orang awam itu, JIM menahan belasan migran warga Indonesia bersama beberapa individu yang bertindak […]

20 Tahun Pintu Masuk Negara Bolos dan Kartel Dadah Bermaharajalela Dari Pelabuhan Klang. PMX Dedah Ratusan Kontena Gagal Diperiksa

  17 November 2025 Negara dikejutkan dengan pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa wujud kartel besar penyeludupan dadah yang beroperasi lebih 20 tahun melalui kontena di Pelabuhan Klang, namun tidak ada sebarang tindakan tegas dibuat sepanjang tempoh itu. Pendedahan dramatis itu dibuat dalam sesi santai bersama media Sabah, apabila Anwar mendedahkan beliau “mengamuk” […]