Presiden China, Xi Jinping Galak Pelaburan China di Malaysia, Perkukuh Kerjasama Belt and Road di Tengah Ketegangan Perdagangan

KUALA LUMPUR, 17 April 2025 – Presiden China, Xi Jinping, menggalakkan syarikat-syarikat China untuk memperluaskan pelaburan dan membuka perniagaan di Malaysia semasa lawatan rasmi beliau ke negara ini, bertujuan memperkukuhkan hubungan ekonomi di tengah tekanan geopolitik yang semakin meningkat dari Amerika Syarikat (AS). Lawatan Xi, yang merupakan sebahagian daripada jelajah serantau termasuk Vietnam dan Kemboja, […]

Yang di-Pertuan Agong Tegas: Jalur Gemilang Lambang Kedaulatan, Tidak Boleh Dipersendakan

KUALA LUMPUR, 17 April 2025. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan serta identiti nasional yang wajib dihormati dan tidak boleh dipersendakan atau disalahgunakan. Titah baginda merujuk kepada insiden baru-baru ini melibatkan akhbar tempatan berbahasa Cina, Sin Chew Daily, yang menyiarkan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit pada muka […]

Paras Air Sungai Klang Melepasi Paras Bahaya Akibat Hujan Lebat Berterusan

SHAH ALAM, 16 April 2025 – Paras air Sungai Klang kini telah melebihi paras bahaya berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak petang Selasa. Menurut laporan yang dipetik daripada laman rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web Public Banjir, sehingga jam 8.15 malam tadi, paras air di Stesen Bandar Klang telah mencecah […]

Google Mansuhkan Domain Khusus Negara: Memberika Kesan Kepada Strategi Pemasaran Digital

SAN FRANCISCO, 15 April 2025 – Google mengumumkan pada Selasa bahawa syarikat itu akan mula mengalihkan nama domain tahap tinggi berdasarkan kod negara (ccTLD) kepada google.com secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang, bertujuan menyelaraskan pengalaman pengguna ketika melakukan carian. Menurut kenyataan dalam blog rasmi Google, perubahan ini bermakna pengguna yang sebelum ini menggunakan domain […]

OpenAI Teroka Rangkaian Sosial Sendiri Diinspirasikan oleh ChatGPT

SAN FRANCISCO, 16 April 2025. OpenAI, terkenal dengan teknologi ChatGPT yang canggih, dilaporkan sedang dalam peringkat awal membangunkan rangkaian sosialnya sendiri, menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai yang mengetahui perkembangan dalaman syarikat. Satu prototaip dalaman kini wujud dalam OpenAI, yang memberi tumpuan utama kepada keupayaan penjanaan imej melalui ChatGPT, disertakan dengan suapan sosial yang mesra […]

“Visit Malaysia 2026” Perkenal Destinasi Baharu, Sasar 35.6 Juta Pelancong

KUALA LUMPUR, 15 April 2025 – Malaysia telah melancarkan kempen pelancongan besar-besaran “Visit Malaysia 2026” dengan matlamat menarik seramai 35.6 juta pelancong antarabangsa serta menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM147.1 bilion. Kempen ini bakal mempromosikan destinasi-destinasi baharu yang kurang dikenali namun memiliki daya tarikan yang luar biasa. Kempen ini menampilkan destinasi menarik seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, […]

SIARAN MEDIA: SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG YAK YAH, KEMAMAN, TERENGGANU : LOKASI KELIP-KELIP TERUNGGUL DI MALAYSIA

KEMAMAN, 15 APRIL 2025 – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu telah merasmikan Projek Santuari Kelip-Kelip Kampung Yak Yah yang berlangsung di Kemaman, Terengganu petang ini. Pembangunan Projek Santuari Kelip-Kelip Kampung Yak Yah ini bagi tujuan pemuliharaan, restorasi dan rehabilitasi habitat kritikal untuk kelangsungan populasi kelip-kelip di ekosistem […]

PRK DUN Ayer Kuning Menjadi Penentu Terkubur atau Kebangkitan Semula Barisan Nasional

TAPAH, 15 April 2025 – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang dijadualkan pada 26 April ini bukan sekadar pengisian kekosongan kerusi, tetapi menjadi medan penting untuk mengukur kekuatan dan hala tuju politik negara. PRK ini diadakan susulan pemergian penyandangnya, Ishsam Shahruddin dari Barisan Nasional (BN), yang meninggal dunia akibat serangan […]

Tabur Peruntukan Kerajaan Menjelang Pilihan Raya Kecil: Nga Kor Ming Umum Peruntukan RM6.13Juta Untuk Ayer Kuning, Tapah

TAPAH, 15 April 2025.  Kerajaan Negeri melalui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, mengumumkan peruntukan sejumlah RM6.13 juta untuk pelaksanaan 33 projek pembangunan dan infrastruktur awam di kawasan Ayer Kuning, Tapah. Peruntukan ini dibuat sebelum proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai sebahagian daripada Program Sentuhan […]