400 Pelabur Forex Terpedaya Dengan Sindiket Pelaburan
Para pelabur  ditawarkan pulangan sebanyak 2.5 peratus setiap bulan bagi setiap wang pelaburan yang dilaburkan.

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2024, 9.00 malam – KIRA-kira 400 orang pelabur tidak mendapat apa-apa keuntungan atau faedah kerana ditipu oleh sindiket pelaburan mata wang asing (FOREX). Kerugian yang dihadapi oleh para pelabur itu mencecah RM100 juta. Para pelabur tersebut ditawarkan pulangan sebanyak 2.5 peratus setiap bulan bagi setiap wang pelaburan yang dilaburkan didalam syarikat yang beroperasi diluar negara itu.

Salah seorang mangsa penipuan sindiket tersebut iaitu Lee, dia memasuki pelaburan tersebut apabila terpengaruh dengan seorang kawan pada tahun 2016. Lee melihat pulangan yang stabil dan konsisten sepanjang menyertai pelaburan tersebut. Apabila begitu yakin dengan sistem pelaburan tersebut, Lee mula menarik ahli keluarganya untuk bersama melabur didalam skim itu yang berlarutan sehingga 2022.

Mulai tahun 2023, pelaburan tersebut mulai tidak membuat bayaran dengan berbagai alasan. Diantaranya alasannya adalah memerlukan masa untuk memindahkan akaun pelaburan mereka di Indonesia kepada sebuah ‘broker’ di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Aktiviti penipuan ini terbongkar apabila salah seorang ahli sindikit tersebut menghantar dokumen kepada kumpulan whatsApp yang salah. Dokumen itu menunjukkan peratusan pembahagian wang antara tiga dalang utama yang menjalankan operasi sindiket penipuan itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, Syarikat tersebut secara jelas tidak berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak sah  kerana syarikat itu tidak mengikut undang-undang negara ini.

Justeru itu, beliau memohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sindiket ini didakwa di mahkamah atas kesalahan mereka.

Kredit – Kosmo

#Prezcom

Lebih Banyak Berita :

Tim.Pengarah, Anggota DBKL,Didakwa Terima Rasuah lindung Premis Hiburan Haram.