
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2024, 11.00 malam – TIMBALAN Pengarah dan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berdepan tiga serta dua pertuduhan meminta dan menerima suapan bagi melindungi premis hiburan tanpa lesen di Mahkamah Sesyen di sini, pada khamis. Bagaimanapun, tertuduh, Muhamad Irwan Abdullah, 44, dan Zahari Muhammad, 34, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Tuduhan pertama yang dihadapi adalah, meminta suapan wang tunai secara bersama berjumlah RM200,000 menerima secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang penguatkuasaan ke atas pusat hiburan tanpa lesen sah di bawah jagaan Chan Sai Loke. Kesalahan itu dilakukan di restoran di Puchong, Selangor, sekitar Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, mereka didakwa mengikut akta sama kerana secara rasuah bersetuju menerima suapan wang tunai berjumlah RM160,000 secara bulanan daripada penjaga berusia 62 tahun itu di lokasi sama dan sekitar masa yang sama.
Satu lagi pertuduhan terhadap Muhamad Irwan adalah, menerima suapan berjumlah RM130,000 di parkir restoran yang sama pada 5 Jun lalu lebih kurang jam 9.00 malam. Untuk itu, Muhamad Irwan didakwa mengikut akta sama yang membawa hukuman sama jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Aliff Shaharuzaman yang mengendalikan kes memohon jaminan RM50,000. Selain dari itu, tiga syarat tambahan dikenakan iaitu, pasport diserahkan kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
Peguam Mak Ahh Keong yang mewakili Muhamad Irwan, meminta jumlah jaminan dikurangkan memandangkan Muhamad Irwan berpendapatan kira-kira RM9,000 sebulan. Tertuduh juga digantung tugas tetapi pada masa yang sama terpaksa menanggung isteri dan lima orang anak.
Manakala Peguam Ahmad Faiz Munawar yang mewakili Zahari juga membuat rayuan yang sama iaitu pengurangan jumlah jaminan kerana menanggung isteri dan anak-anak serta menanggung ibu yang uzur diPahang.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM15,000 setiap seorang bagi kesemua pertuduhan serta membenarkan tiga syarat tambahan yang dikemukakan oleh pendakwa dari SPRM. Seterusnya sebutan semula kes
pada 30 September depan.
Pendedahan secara bersiri telah berjaya mengenalpasti lubuk kegiatan pelacuran tertua sekitar Pudu, Kuala Lumpur termasuk pelacur yang menunggu pelanggan di sebuah medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong. Ia turut mendapat perhatian berbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tentu ada elemen sogokan yang membuatkan kegiatan lubuk pelacuran itu bertahan berdekad-dekad dan tidak pernah ada penyelesaian. Perkara ini turut dipersetujui oleh SPRM.
Kredit – Harian Metro
#Prezcom
Lebih Banyak Berita Menarik:
Penuntut IPT Berdepan Tindakan Mahkamah Jika Benarkan Akaun Diguna Sindiket.