Kuala Lumpur, 13 Ogos 2024, 9.00 malam – AKTIVITI scammer atau akaun keldai telah mendatangkan kerugian berjumlah RM1.218 bilion tahun lalu. Disebabkan perkara itu, bank kini telah meletakkan syarat yang lebih ketat untuk pembukaan akaun baharu kepada rakyat Malaysia. Kegiatan scammer yang semakin meluas telah berjaya mempedaya berjuta-juta ringgit dari pendapatan rakyat Malaysia.
Sumber pembankan memaklumkan, pemohon yang ingin membuka akaun baharu, perlu mengemukakan surat dari majikan atau dokumen sumber pendapatan yang sah. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta oleh pihak bank maka permohonan tersebut akan ditolak walaupun pemohon mahu memasukkan jumlah wang yang besar.
Amat berlainan seperti proses permohonan pembukaan akaun sebelum ini yang hanya memerlukan Mykad dan deposit minimum. Menurut satu sumber dari pembankan, golongan pelajar, suri rumah dan warga emas kini menjadi tumpuan khusus kerana golongan ini adakala secara sedar atau tidak terlibat didalam sindiket penipuan. Golongan ini sering menjadi mangsa scammer melalui akaun yang baru dibuka. Akaun yang pertama lebih mudah digunakan untuk menerima wang hasil penipuan.
Ada diantara golongan ini tidak menyedari bahawa data peribadi mereka telah digunakan untuk membuka akaun yang menjadi kegunaan scammer. Namun, ada juga yang sengaja dibayar untuk membuka akaun tetapi tidak sedar bahawa akaun tersebut digunakan untuk menipu orang lain.
Sumber pembankan memaklumkan, bagi golongan para pelajar, mereka dikehendaki menunjukkan bukti surat tawaran ke kolej serta kad pelajar mereka bagi tujuan pembukaan akaun. Itu adalah syarat yang dikenakan oleh pihak bank kepada mereka. Menurut sumber lagi, ramai dikalangan pelajar telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara kerana membuka akaun keldai yang menjadi kegunaan scammer.
Disebabkan perkara tersebut, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan institusi kewangan lain menolak untuk meluluskan pinjaman pelajaran dan membuka akaun kepada para pelajar yang terlibat sehinggalah nama mereka dibersihkan.
Pada 2023, sebanyak 34,497 kes penipuan dalam talian yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.218 bilion manakala pada tahun 2021, sebanyak 29,769 akaun bank telah digunakan sebagai akaun keldai. Sehingga 10 Mei 2022, sebanyak 1,669 ‘akaun keldai’ direkodkan.
Seramai 12,659 orang telah didakwa dengan pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah dan scammer. Diantara penipuan yang berjaya dikesan adalah peraduan SMS dan penyamaran dalam talian.
Panggilan telefon palsu dari pihak berkuasa merupakan taktik yang paling tinggi digunakan oleh scammer untuk menjalankan operasi penipuan. Dari jumlah itu,10,348 kes melibatkan kerugian berjumlah RM352.9 juta yang berjaya diraih oleh sindiket yang melibatkan kegiatan scammer.
Kes yang melibatkan scammer dan akaun keldai ini kebanyakkannya melibatkan pengubahan wang haram dan menurut dari sumber, pihak bank perlu berhati-hati samaada secara sedar atau tidak untuk memastikan akaun rakyat Malaysia tidak digunakan oleh scammer dan menggelakkan dari pihak bank menjalankan proses untuk kegunaan scammer.
Kredit – Free Malaysia Today
#Prezcom
Baca Lebih Banyak Berita: