Kuala Lumpur, 10 Ogos 2024, 11.00 malam -DUA lelaki serta seorang wanita berusia antara 40-an hingga 50-an ditahan kira-kira jam 7 petang hingga 9 malam, semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya. Diantara yang ditahan adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan {GCEO) selepas disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta. Selain itu, mereka juga disyaki terbabit menyeleweng dana kutipan sewaan hartanah milik syarikat tersebut bernilai kira-kira RM 3 juta,”.
Suspek bukan sahaja disyaki menyeleweng dana RM1.5 juta milik sebuah syarikat tersenarai awam membabitkan projek pembinaan dan perlombongan bernilai kira-kira RM80 juta, Malah, dipercayai juga terbabit dalam menubuhkan sebuah syarikat yang tidak diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah bagi tujuan menjalankan projek kerjasama bernilai kira-kira RM258 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 12 Ogos ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu. Beliau memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
#Prezcom
Baca Lebih Banyak Berita :
29 NGO Minta Polis Buka Semula Kes Kematian Pegawai Kadet TLDM.