
Kuala Lumpur, 20 Ogos 2024, 9.00 petang – DALAM satu Operasi Khas di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, Jabatan Imigresen Malaysia ( JIM ), telah menahan warga China iaitu ahli sindiket haram yang disyaki menawarkan perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan bayaran RM1,200 hingga RM15,000.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh, operasi dijalankan bermula jam 10.30 pagi oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas JIM hasil risikan dilakukan selama dua minggu.
Didalam operasi tersebut, pihak JIM berjaya menahan dua dalang utama sindiket berkenaan, dua wanita warga China yang dipercayai ahli sindiket dan empat orang lelaki tempatan. Turut ditahan adalah, seorang lelaki warga China dan seorang wanita filipina serta yang dipercayai adalah pembantu rumah kepada warga China tersebut.
Ruslin berkata, Kesemua lapan individu yang ditahan berusia antara 33 hingga 53 tahun dan merampas 107 pasport membabitkan 100 pasport China, dua nafkah pasport Taiwan, tiga pasport Thailand, satu pasport Repulik Vanuatu dan satu pasport Dominica.
Pihak JIM juga turut merampas borang permohonan pas lawatan, wang tunai RM57,260, wang tunai 29,660 bhat (RM3,743) serta lima kenderaan.
Ruslin berkata, Modus operandi sindiket ini adalah menawarkan perkhidmatan Imigresen dengan menyasarkan warga China, Thailand, Taiwan dan beberapa negara lain. Ramai pelancong dari negara-negara yang disebutkan ini mahu mendapatkan pas lawatan sosial (PLS) jangka panjang untuk tinggal lebih lama di negara ini.
Bayaran diantara RM1,200 sehingga RM15,000 bergantung kepada perkhidmatan yang dipohon akan dikenakan kepada pelancong yang ingin menggunakan khidmat sindiket ini yang dipromosikan melalui aplikasi We Chat dan media sosial.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh sindiket ini adalah permohonan yang dibuat secara dalam talian. Bagi setiap perkhidmatan dan penghantaran, ia dilakukan menggunakan perkhidmatan kurier. Kegiatan ini berkemungkinan sudah beroperasi sejak sebulan lalu.
Usaha untuk mengesan saki baki sedang giat dijalankan. Pihak JIM juga sedang menjejaki pemilik pasport yang dirampas dalam serbuan itu bagi membantu siasatan. Pihak JIM juga sedang mengenalpasti dan menjalankan siasatan secara menyeluruh samada terdapat pembabitan pegawai Imigresen dengan kegiatan berkenaan.
Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Kredit – Metro
#prezcom
Lebih Banyak Berita :
Jangan Jadikan Masyarakat Orang Asli Sebagai Alat Untuk Meraih Sokongan.