Jangan Jadikan Masyarakat Orang Asli Sebagai Alat Untuk Meraih Sokongan
Masyarakat Orang Asli Memerlukan Pembelaan Sewajarnya Dari Wakil Rakyat.

Kuala Lumpur, 19 Ogos 2024, 11.00 malam – TIMBALAN Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah berkata, Orang Asli memerlukan pembelaan sewajarnya daripada wakil rakyat. Tolong jangan jadikan masyarakat Orang Asli sebagai alat untuk memberi undi dan meraih sokongan daripada masyarakat itu demi mencapai hasrat untuk memenangi sesuatu pilihan raya.

Nasir berkata demikian ketika tampil di pentas ceramah PAS sebelum PRK DUN Nenggiri diadakan pada Sabtu lalu. Paling penting adalah, jangan mengugut kumpulan minoriti itu. Berkempenlah secara demokrasi dan jangan ingat Orang Asli itu tidak cerdik. Katanya.

” Tolong jangan pergunakan Orang Asli untuk politikkan kami semua”. Terutamanya orang Umno. ” Orang Asli juga boleh membaca dan menulis, kita juga ada TikTok, ada Facebook, kita sudah pandai”. Jadi berkempenlah secara demokrasi dan menghayati sebaik mungkin. Perkara itu diucapkan buat pertama kalinya berceramah di pentas kempen Perikatan Nasional di Kampung Jerek, Gua Musang.

Nasir meminta supaya mereka tidak diugut dan ingin tahu apakah naratif Umno sebenarnya. Beliau tidak menyebut secara jelas siapakah yang dimakaudkan tetapi beliau ada menyebut ” Kalau kamu tak undi Umno, peruntukan daripada kerajaan pusat tak dapat”. Pada pandangan beliau itu merupakan satu naratif yang bersifat jahat.

Nasir berkata lagi, Masyarakat Orang Asli perlu berada dilandasan yang sama bersama kerajaan negeri demi untuk menyelesaikan hal ehwal tanah adat mereka.

Nasir berkata, masyarakat Orang Asli sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Beliau juga menyebut tentang aktiviti pembalakan yang menyebabkan masyarakat Orang Asli diancam haiwan liar seperti gajah. Ini berkemungkinan, habitat atau tempat tinggal haiwan-haiwan tersebut telah musnah akibat aktiviti pembalakan.

Nasir merupakan calon Orang Asli pertama yang diberi kepercayaan oleh DAP untuk bertanding di kerusi DUN Galas pada PRU ke-14 lalu.

Kredit – Malaysiakini

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita :

PRK DUN Mahkota. Calon Adalah Daripada Barisan Nasional.