PRK DUN Mahkota. Calon Adalah Daripada BN
Calon Dari Barisan Nasional Mewakili Kerajaan Perpaduan

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024, 10.00 malam – PENGERUSI Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, memaklumkan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah daripada BN.

Ahmad Zahid berkata, biasanya parti yang menyandang kerusi DUN atau Parlimen terbabit akan ditandingi semula oleh parti berkenaan. Walau bagaimanapun maklumat lanjut akan dibincangkan bersama Majlis Tertinggi Umno dan keputusan akan dibawa kepada Majlis Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ahmad Zahid lagi, DUN Mahkota adalah kawasan yang berpotensi untuk kemenangan BN. Sudah tentu koordinasi dan kerjasama perlu dilakukan dengan semua komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan. PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63 tahun dari parti BN.

Pada Mac 2022, Pada Pilihan Raya Negeri Johor, Allahyarhamah Sharifah Azizah memenangi kerusi DUN itu dengan majoriti 5,166 undi. Beliau meninggal dunia pada 2 Ogos 2024 ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 Sept, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 Sepember.

Ahmad Zahid memaklumkan, kerusi yang diwakili oleh mana-mana parti harus ditandingi semula oleh parti tersebut. Ia merupakan formula yang membawa kepada persefahaman didalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) Kebangsaan (SEK-MPUPK) di Ibu Pejabat Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp Malaysia) semalam.

Turut hadir didalam mesyuarat tersebut adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Timbalannya Datuk R. Ramanan, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Rizal Nainy dan Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Kredit – Metro

#Prezcom

Baca Lebih Banyak Berita :

Zahid Mendedahkan Dirinya Dalang Utama Jatuhkan Tun Dr Mahathir ?