Skandal Kewarganegaraan: LFL Kecam Puji-Pujian Hannah Yeoh Terhadap Saifuddin, Dakwa “Tidak Peka dan Memalukan”

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2025 Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) mengecam kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yang memuji Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, di tengah-tengah kemarahan awam terhadap skandal kewarganegaraan tujuh pemain bola sepak naturalisasi Harimau Malaya yang didapati menggunakan dokumen palsu. Dalam satu kenyataan keras, Pengarah LFL, Zaid […]

Misi Kemanusiaan ke Gaza: Tok Mat Ingatkan NGO Rujuk Wisma Putra Elak Risiko dan Kecelaruan

REMBAU, 14 Oktober 2025 Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, menasihatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang untuk melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza agar berkoordinasi dengan Wisma Putra terlebih dahulu bagi memastikan penyaluran bantuan dilakukan dengan selamat, teratur dan mematuhi protokol diplomatik antarabangsa. Beliau menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik rapat dengan Mesir […]

Puluhan Ribu Sertai Perhimpunan Besar Pro-Palestin di Sydney, Gencatan Senjata Gaza Diragui

SYDNEY, 13 Oktober 2025 Lebih 30,000 rakyat Australia berhimpun di pusat bandar Sydney pada hari Ahad  dalam demonstrasi besar-besaran menyokong Palestin, menzahirkan solidariti terhadap rakyat Gaza dan menyuarakan keraguan terhadap gencatan senjata yang baru diumumkan antara Israel dan Palestin. Perhimpunan yang dianjurkan oleh Palestine Action Group itu merupakan salah satu daripada 27 demonstrasi serentak di […]

Peniaga Pasar Raja Bot Rayu DBKL Tangguh Sewa: “Jualan Tak Sampai RM100 Sehari”

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2025 Para peniaga di Kompleks Pasar Raja Bot, Chow Kit merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar menangguhkan atau mengecualikan bayaran sewa bulanan sehingga keseluruhan projek naik taraf pasar tersebut siap sepenuhnya. Walaupun kompleks baharu yang menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula kawasan berkenaan telah siap pada tahun lalu, sambutan pelanggan […]

Penularan Influenza di Sekolah: KPM Umum Tindakan Segera Lindungi Kesihatan Warga Pendidikan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera berikutan peningkatan kes penyakit berjangkit Influenza-Like Illness (ILI) di institusi pendidikan seluruh negara, dengan pelaksanaan langkah pencegahan menyeluruh bagi memastikan kesihatan pelajar, guru dan seluruh warga pendidikan terjamin. Dalam satu kenyataan rasmi, KPM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penularan wabak itu dan telah […]

KENYATAAN MEDIA: KPM AMBIL PERHATIAN PENULARAN INFLUENZA, BERUSAHA PASTIKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN SELURUH WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 11 OKTOBER 2025, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius penularan penyakit berjangkit Influenza-Like Illness (ILI) di institusi pendidikan bawah kelolaannya. Sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan berterusan bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan penyakit dilaksanakan secara efektif. Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan adalah menerusi Surat Pemakluman Berhubung Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan […]

“Who is Above the Law”: Dr Mahathir Dedah Skandal Pemalsuan Dokumen FAM-FIFA Cemar Maruah Negara

  PETALING JAYA, 11 Oktober 2025 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mendedahkan bahawa terdapat individu berpengaruh yang bertindak “di atas undang-undang” dalam skandal pemalsuan dokumen melibatkan proses pendaftaran pemain bola sepak kacukan di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), yang kini mencetuskan kemarahan dan rasa malu di peringkat antarabangsa. Dalam episod terbaharu Top News […]

JKM Bertindak Pantas, Selamatkan ‘Mak Ros’ Dalam Tempoh 24 Jam

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 JKM mengambil maklum tularnya laporan mengenai seorang warga emas wanita yang dilaporkan berkeliaran tanpa tempat tinggal di sekitar Restoran Al-Ibrahim Maju, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Menurut laporan dari Bernama, JKM telah menerima laporan tersebut pada 6 Oktober 2025, dan tindakan awal telah diambil pada hari yang sama. Berdasarkan siasatan […]

Presiden PETRONAS Raie Kemenangan Dengan  ‘Mandi Champange’ di Podium F1

  KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2025 Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular video beliau berada di atas podium Grand Prix Formula 1 Singapura Ahad lalu, yang menunjukkan beliau terlibat dalam sambutan menggunakan minuman keras bersama pemandu pasukan Mercedes-AMG PETRONAS. Beliau menjelaskan […]

Isu Arak di Majlis Rasmi: Nga Kor Ming Disindir: ‘Faham Bahasa Melayu atau Nak Tulis dalam Cina Baru Faham?’”

  KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2025 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menggesa semua pihak agar tidak memperbesarkan isu hidangan alkohol pada majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru ini yang dikaitkan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Namun kenyataan itu mencetuskan kecaman hebat daripada pendakwah terkenal, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung, yang menyifatkan […]