Pengiktirafan Palestin di Eropah: Simbolik Sahaja atau Permulaan Tekanan Global ke atas Israel?

Kuala Lumpur, 1/10/2025 Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Eropah menyaksikan perkembangan luar biasa apabila beberapa negara mengambil langkah berani menyokong Palestin. Sepanyol membatalkan perjanjian senjata bernilai €700 juta dengan Israel, manakala Perancis mengiktiraf Negara Palestin menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sepanyol turut mengugut untuk memboikot Piala Dunia FIFA 2026 sekiranya Israel dibenarkan mengambil […]
Aksi “Happy Corner” Tular di IKBN Miri: Pelajar Digantung, Kerajaan Tegas Tangani Buli

Miri, Sarawak, 30/09/20025 Satu aksi buli berbentuk ‘prank’ yang dikenali sebagai “Happy Corner” mencetuskan kejutan dan kemarahan masyarakat selepas rakaman video selama 13 saat tular di media sosial minggu ini, memaparkan seorang pelajar lelaki Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri diangkat beberapa rakannya sebelum kemaluannya dihentakkan ke tiang besi dengan kuat hingga menyebabkan kasutnya […]
BUDI95 Bawa Penjimatan Sehingga RM183 Sebulan: Aktivis Puji Langkah Kerajaan Lebih Efisien dan Mampan

Petaling Jaya, 29/09/2025 Inisiatif baharu kerajaan, BUDI95, yang akan dilaksanakan mulai 30 September 2025, dijangka memberi penjimatan ketara kepada rakyat Malaysia apabila harga petrol RON95 untuk warganegara berlesen hanya ditetapkan pada RM1.99 seliter bagi 300 liter pertama setiap bulan. Langkah ini dipuji oleh aktivis hak pengguna sebagai strategi lebih efisien dan mampan dari sudut fiskal, […]
Anwar Pertahan Jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN Dikatakan Sebagai Salah Satu Medium Diplomasi Strategik di Tengah Isu Gaza

Petaling Jaya, 29/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil mempertahankan keputusan kerajaan menjemput Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan, meskipun timbul bantahan daripada beberapa pihak termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Anwar menegaskan Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomatik untuk menyuarakan kebimbangan mengenai […]
Global Sumud Flotilla Teruskan Misi ke Gaza Walaupun Tanpa Perlindungan, Frontex Juga Kini Enggan Campur Tangan

Rome/Gaza, 29/09/2028 Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla tetap diteruskan menuju Gaza meskipun berdepan kerosakan teknikal dan tekanan diplomatik daripada kerajaan Itali. Inisiatif masyarakat sivil antarabangsa itu berikrar untuk menamatkan kepungan Israel serta menyalurkan bantuan terus kepada rakyat Palestin yang terjejas. Dalam rakaman video yang disiarkan antara malam Jumaat dan Sabtu, jurucakap flotila, Thiago Ávila, […]
43 Penjawat Awam Terima Ganjaran RM46,000 Kerana Laporkan Rasuah

KUALA LUMPUR, 26/09/2025 Seramai 43 penjawat awam menerima pengiktirafan khas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berani tampil melaporkan kes rasuah. Mereka bukan sahaja diiktiraf kerana keberanian, malah turut menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM46,000. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata penerima tersebut telah melepasi saringan integriti yang dilaksanakan […]
BUDI95: Golongan T20 Nikmati Lebih Banyak Manfaat Berbanding B40

SHAH ALAM, 24/09/2025 Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi amaran bahawa tanpa pelaksanaan subsidi petrol RON95 bersasar, golongan berpendapatan tinggi (T20) akan terus menikmati manfaat lebih besar berbanding kumpulan berpendapatan rendah (B40). Beliau menegaskan, setiap kali kerajaan menyalurkan subsidi, keluarga kaya akhirnya menerima bahagian lebih besar berbanding isi rumah B40. Menurut Rafizi, jika […]
Sejarah Diraja: Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Bakal Melangsungkan Pernikahan Pada 2 Oktober 2025

KUALA LUMPUR, 23 September 2025 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan memaklumkan bahawa anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Datuk Abdul Aziz pada hari Khamis, 2 Oktober 2025 bersamaan 10 Rabi’ul Akhir 1447H, di Masjid […]
MyKad Rosak dan Tamat Tempoh Boleh Diganti di UTC Pada Hujung Minggu

KUALA LUMPUR, 22/09/2022 Orang ramai kini mempunyai pilihan lebih mudah untuk menggantikan atau memperbaharui MyKad mereka pada hujung minggu melalui kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Langkah ini membolehkan rakyat menguruskan dokumen pengenalan diri tanpa perlu mengambil cuti bekerja. Tinjauan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 8 pagi […]
MyKad Lama dan Rosak Perlu Diganti, Caj Serendah RM10

KUALA LUMPUR, 22/09/2025 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengingatkan orang ramai bahawa MyKad yang telah rosak atau digunakan melebihi tempoh 10 tahun perlu digantikan dengan kadar bayaran RM10. Bagi kes MyKad rosak yang dilaporkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kad dikeluarkan, penggantian akan diberikan secara percuma. Menurut JPN, kemudahan ini disediakan di lebih 210 kaunter […]