Mahkamah Persekutuan Batalkan Fatwa 2014 terhadap Sisters in Islam, Sultan Selangor Seru Nama Islam Tidak Disalahguna

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025. Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk membatalkan fatwa kontroversi tahun 2014 terhadap kumpulan hak wanita Sisters in Islam (SIS) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor, sekaligus mencetuskan reaksi lanjut daripada pihak istana negeri itu berhubung penggunaan istilah “Islam” dalam nama pertubuhan terbabit. Dalam keputusan majoriti yang diketuai oleh Ketua Hakim […]

Selangor Perketat Kawal Selia Tapak Perkhemahan dan Ekopelancongan 

SHAH ALAM, 19 Jun 2025. Kerajaan Negeri Selangor sedang memperhebat usaha mengawal selia operasi tapak perkhemahan dan aktiviti ekopelancongan, khususnya di kawasan sensitif alam sekitar. Langkah ini termasuk rancangan memperkenalkan sistem pelesenan khusus secara berperingkat sebagai tindak balas terhadap pertambahan pesat pengusaha tapak perkhemahan yang kini dianggarkan berjumlah antara 150 hingga 250 di seluruh negeri. […]

Selain Perkhidmatan Kecantikan dan Estetik, Perkhidmatan Pembinaan Antara Perkhidmatan Baharu Dikenakan Cukan Perkhidmatan dalam Semakan Cukai Baharu SST

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025. Kerajaan Malaysia menjangkakan kutipan cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax, SST) akan meningkat sebanyak RM5 bilion pada tahun 2025 dan seterusnya RM10 bilion pada tahun 2026, susulan pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan […]

Jangkitan HIV Di Malaysia Terus Meningkat Di Kalangan Belia Berumur 20 Hingga 29 Tahun

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025. Malaysia kini berdepan trend peningkatan jangkitan HIV yang membimbangkan, dengan hubungan seksual berisiko menjadi punca utama penularan virus tersebut, khususnya dalam kalangan belia berumur 20 hingga 29 tahun. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) mendedahkan bahawa 95% daripada 3,220 kes baharu pada tahun 2023 berpunca daripada […]

Skandal Pakej Haji Palsu: 47 Jemaah Terkurung dan Dipaksa Merentas Laluan Bahaya di Arab Saudi

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menyiasat satu sindiket penipuan pakej haji yang dipercayai melibatkan seorang individu bergelar ustaz serta sebuah agensi tempatan, selepas 47 jemaah warga emas dilaporkan menjadi mangsa penipuan dan layanan tidak berperikemanusiaan di Arab Saudi. Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk […]

Populasi Tanpa Agama Semakin Meningkat di Seluruh Dunia: Malaysia Tidak Terkecuali?

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025 – Trend global menunjukkan peningkatan mendadak dalam populasi yang tidak lagi berpegang kepada mana-mana agama – dikenali sebagai “religious nones” – sekali gus menandakan perubahan landskap kepercayaan yang boleh memberi implikasi besar terhadap struktur sosial, pendidikan, dan dasar awam di banyak negara, termasuk Malaysia. Menurut laporan terkini Pew Research Center, […]

Iran Lancar Serangan Balas dan Sasar Sistem Pertahanan Udara Israel 

Israel 16  Jun 2025. Dunia menyaksikan satu lagi episod mengejutkan dalam konflik Asia Barat apabila Iran melancarkan serangan balas terhadap sistem pertahanan udara utama Israel, dalam serangan yang dilaporkan menyasarkan lokasi penting setaraf markas pertahanan atau “Pentagon” Israel di Tel Aviv. Serangan yang digambarkan sebagai “tidak pernah berlaku sebelum ini” itu disahkan oleh beberapa media […]

Levi Pendidikan Dikecualikan Setahun Bagi Institusi Pembelajaran Swasta Bermula 2026

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025. Kerajaan hari ini mengumumkan pengecualian bayaran levi pendidikan selama satu tahun kepada semua institusi pembelajaran swasta, berkuat kuasa 1 Januari 2026, sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan kewangan dan meningkatkan kualiti pendidikan swasta negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata langkah itu diambil setelah meneliti maklum balas yang diterima daripada […]

Perlaksanaan Kubur Bertingkat di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2025. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini dalam proses menjalankan kajian rintis pelaksanaan kubur bertingkat di beberapa kawasan perkuburan utama sekitar Kuala Lumpur yang hampir mencapai kapasiti penuh. Kajian tersebut dijangka selesai hujung Oktober 2025 dan bakal menjadi asas kepada penyelesaian jangka panjang isu kepadatan tanah perkuburan Islam di ibu […]

Peranti Had Kelajuan Wajib untuk Kenderaan Perdagangan Bermula 1 Oktober

SHAH ALAM, 14 Jun 2025. Kerajaan bakal melaksanakan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan (Speed Limiter Device – SLD) secara berperingkat ke atas kenderaan perdagangan bermula 1 Oktober 2025, sebagai usaha sistematik bagi meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan maut membabitkan kenderaan berat. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata peranti ini akan diwajibkan ke atas semua […]