Titik Hitam Perjuangan Palestin di Tengah Diplomasi Global

KUALA LUMPUR, 2 April 2025 – Perjanjian Abraham yang dimeterai antara Emiriah Arab Bersatu dan Israel pada Ogos 2020 menandakan titik perubahan penting dalam hubungan diplomatik dunia Islam dan rejim Zionis. Bagi sesetengah negara Arab, ia dianggap sebagai jalan damai strategik; namun bagi rakyat Palestin, ini adalah titik hitam baharu dalam sejarah perjuangan mereka. Perjanjian […]
Pemerkasaan Perkara 152 (6) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Amat Longgar. Bahasa Melayu Hanya Jadi Agenda Politik dan Bukan Diperkasakan.

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2025 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan pelbagai tokoh bahasa tanah air tampil menyuarakan kebimbangan terhadap trend penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi kerajaan, program anjuran agensi awam, dan kempen peringkat nasional. Bagi mereka, kecenderungan ini bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah dianggap bertentangan dengan semangat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dalam […]
SIARAN MEDIA – MADANI BEKERJA: PARLIMEN MALAYSIA KEMBALI BEBAS DAN MEMPEROLEHI AUTONOMINYA SEMULA SELEPAS 33 TAHUN APABILA KEDUA-DUA DEWAN PARLIMEN MELULUSKANNYA

PUTRAJAYA, 20 Mac 2025 – Setelah Dewan Rakyat mencipta sejarah dengan mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen pada 5 Mac yang lalu, akhirnya pada hari ini akta tersebut dapat direalisasikan dan dikembalikan apabila Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dengan turut meperoleh dua pertiga majoriti. Ianya selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI bagi memperkasakan […]
SIARAN MEDIA – 8.5 JUTA BAKAL MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai 24 Mac 2025 (Isnin) dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas1. Bagi STR Fasa 2, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650. “Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak […]
Israel Lakukan Serangan Udara Ke Atas Petugas Kemanusiaan di Gaza

Kuala Lumpur, 17 Mac 2025. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel di Beit Lahiya, utara Gaza, yang telah meragut nyawa lapan sukarelawan kemanusiaan, termasuk tiga petugas media pada Sabtu, 15 Mac. Menurut Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, serangan yang berlaku sekitar pukul 1.30 tengah hari waktu tempatan […]
Larangan Penjualan Arak di Kawasan Majoriti Penduduk Islam

IPOH, 16 Mac 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengumumkan bahawa kajian mengenai larangan penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam akan diteruskan sebagai sebahagian daripada usaha menilai keberkesanan dasar pengawalan jualan arak di Malaysia. Kajian ini melibatkan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, termasuk peniaga, masyarakat setempat, dan pakar undang-undang bagi memastikan pendekatan […]
SPRM Lancar Siasatan Terhadap Salah Laku di Sapura Energy di Tengah-tengah Suntikan Modal RM1.1 Bilion oleh Kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2025. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berkaitan dakwaan rasuah, penyelewengan, dan salah urus kewangan di Sapura Energy Bhd (SEB). Ini berlaku di tengah-tengah keputusan kerajaan untuk menyuntik modal sebanyak RM1.1 bilion ke dalam syarikat tersebut bagi menstabilkan sektor minyak dan gas. Menurut sumber, siasatan ini bermula […]
Menteri Dalam Negeri Menafikan Dakwaan Palsu Mengenai Pemberian Kewarganegaraan Warga China

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai kelulusannya terhadap pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran kepada warga China adalah tidak benar dan berniat jahat. Beliau menekankan kepentingan masyarakat untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi mengelakkan penyebaran maklumat palsu. “Dakwaan ini […]
Kerajaan Malaysia Tingkatkan Kemahiran 200 ‘Duta Perubahan’ Dalam Ai Generatif Untuk Mendorong Transformasi Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR, 13 MAC 2025 – Kerajaan Malaysia telah mempergiat usaha untuk mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor awam melalui program khas “Train-the-Trainer”. Program ini diadakan dari 3 hingga 7 Mac 2025 di Menara Usahawan, Putrajaya, inisiatif ini merupakan komponen utama dalam program ‘AI At Work 2.0’, susulan kepada fasa pertama yang dilaksanakan pada Ogos […]
Krisis Privasi AI: Google dan Samsung Berdepan Cabaran, Apple Terperangkap dalam Ketidakpastian, Perlindungan Data Pengguna (PDPA) Tercabar

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2025 – Persaingan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) antara Google, Samsung, dan Apple semakin memperlihatkan jurang ketara dalam aspek privasi dan keselamatan pengguna. Walaupun Google terus memperkenalkan peningkatan dalam Android 15 dan Android 16, satu isu utama masih tetap berlarutan iaitu isu penjejakan tersembunyi atau ‘on-device tracking’ yang sukar dimuktamatkan. Isu […]