SIARAN MEDIA -AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS) 279 WARGA ASING TIDAK DIBENARKAN MASUK, DIARAH PULANG – REKOD TERTINGGI DALAM SATU HARI

SEPANG, 4 Jun 2025. Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) KLIA mencatat satu kejayaan besar apabila berjaya menghalang kemasukan serta menghantar pulang seramai 279 warganegara asing dari Bangladesh, Pakistan dan India yang didapati tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia, di sini, semalam. Jumlah ini merupakan rekod harian tertinggi bagi kes Not-To-Land (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau […]

Misi Kemanusiaan ATM di Myanmar Dipuji, Gencatan Senjata Dilanjutkan

SHAH ALAM, 2 Jun 2025. Kehadiran Pasukan Hospital Medan Malaysia (HMM) di Myanmar di bawah operasi Ops Starlight III berjaya meraih penghargaan tinggi daripada penduduk tempatan dan pihak berkuasa Myanmar, sekali gus menyaksikan lanjutan gencatan senjata sepanjang tempoh misi kemanusiaan selama 45 hari. Komander HMM Ops Starlight III, Kolonel Dr Ahmad Farhan Ahmad Fuad, 43, […]

Malaysia Seru Dunia Bertindak, Angka Korban di Gaza Cecah 54,249

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025. Angka korban akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza terus meningkat drastik kepada 54,249 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak operasi ketenteraan bermula pada 7 Oktober 2023. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggambarkan situasi ini sebagai malapetaka kemanusiaan yang amat kritikal. Sehingga kini, seramai 123,492 penduduk Gaza turut dilaporkan cedera, […]

Lebih 400,000 Guru Terima Baucar Buku, Usaha Memperkukuh Budaya Membaca

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025. Lebih 400,000 guru di seluruh negara bakal menerima baucar buku tahun ini sebagai usaha kerajaan memperluas insentif bagi mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan rakyat, khususnya pelajar sekolah dan universiti. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini merupakan pengiktirafan kepada peranan penting guru dalam menyebarkan ilmu dan memupuk minat […]

Tengku Zafrul Lompat Parti, Cetus Ketegangan Antara UMNO dan PKR

KUALA LUMPUR, 1 Jun 2025. Keputusan bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada Umno dan menyertai PKR mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan ketegangan hubungan antara kedua-dua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Adam Adli berkata, situasi ini tidak boleh dielakkan sepenuhnya, namun beliau berharap […]

Tuntutan Kekebalan Undang-undang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahimr Cetus Kontroversi, Dibandingkan Dengan Trump

KUALA LUMPUER, 31 Mei 2025. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan kritikan keras selepas memohon kekebalan undang-undang dalam kes saman sivil yang difailkan bekas pembantu beliau, Muhammad Yusoff Rawther. Tindakan tersebut menimbulkan perbandingan negatif antara beliau dengan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang turut mendakwa memiliki imuniti dalam beberapa kes peribadinya. Anwar, […]

Tuntutan Imuniti Undang-undang oleh PM Anwar Dikritik, LFL Desak Campur Tangan Peguam Negara

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2025. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lawyers for Liberty (LFL), mendesak Peguam Negara (AG) untuk campur tangan dalam permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Mahkamah Persekutuan menentukan persoalan sama ada seorang Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada saman sivil semasa menjawat jawatan. Pengarah LFL, Zaid Malek menyifatkan persoalan yang dibangkitkan […]

ASEAN: Deklarasi Kuala Lumpur 2045 Tetapkan Hala Tuju Strategik ASEAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2025. Semua pemimpin 10 negara anggota ASEAN termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, iaitu visi strategik jangka panjang yang menjadi panduan pembangunan komuniti ASEAN untuk tempoh dua dekad akan datang. Deklarasi yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Kuala […]

Isu Sebar Ajaran Kristian: Hannah Yeoh Menang Saman dan Diberi Pampasan RM400,000

KUALA LUMPUR 30 Mei 2025. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah memenangi saman fitnah terhadap seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff, berhubung dua hantaran Facebook yang menuduh beliau mempromosi “agenda Kristian” menerusi buku memoirnya. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pampasan sebanyak RM400,000 diberikan kepada beliau. Hakim Mahkamah Tinggi, Aliza Sulaiman […]

PM Anwar: Tuduhan Rasuah Hanya Dibuat Jika Bukti Mencukupi

PETALING JAYA 30 Mei 2025.  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa pendakwaan terhadap individu yang disyaki terlibat dalam rasah hanya boleh dibuat sekiranya terdapat bukti yang mencukupi. Beliau turut menegaskan bahawa proses pendakwaan mesti mengikut prosedur dan peraturan yang betul bagi memastikan keadilan terlaksana dengan sempurna. “Saya tidak mahu menjadi Perdana […]