ASEAN: Hampir 1,000 Petugas Media Berkampung di KLCC Sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN ke-58

  KUALA LUMPUR, 5 Julai 2025. Hampir 1,000 petugas media tempatan dan antarabangsa mula berkumpul di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini bagi membuat liputan Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 yang berlangsung dari 5 hingga 11 Julai 2025. Persiapan rapi dengan fasiliti bertaraf tinggi disediakan oleh Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku penyelaras […]

Sultan Pahang Tegaskan Lagi, Desak Larangan Vape di Seluruh Negara Demi Lindungi Generasi Muda

  KUALA LUMPUR, 4 Julai 2025. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sekali lagi menegaskan gesaan baginda supaya kerajaan persekutuan melaksanakan larangan menyeluruh terhadap penggunaan rokok elektronik (vape). Titah baginda ini berikutan kebimbangan serius terhadap peningkatan penggunaan vape dalam kalangan generasi muda dan risiko kesihatan yang amat membimbangkan. Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa larangan […]

Syarikat Milik Penuh Kerajaan Negeri Selangor Miliki 22,017 Saman JPJ

SHAH ALAM, 30 Jun 2025. KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) mengakui berlaku kelemahan dalam sistem penyampaian maklumat melibatkan sebilangan kecil subkontraktor, menyebabkan notis saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak dimaklumkan tepat pada masanya kepada syarikat. Penjelasan ini dibuat susulan laporan Kementerian Pengangkutan pada Rabu lalu yang menyenaraikan KDEBWM sebagai salah satu daripada 28 syarikat […]

New York Bakal Terima Datuk Bandar Muslim Pertama

NEW YORK, 28 Jun 2025. Zohran Kwame Mamdani, seorang ahli politik muda berusia 33 tahun dari parti Sosialis Demokrat mencipta sejarah apabila memenangi pemilihan parti Demokrat untuk bertanding jawatan Datuk Bandar New York, menewaskan pesaing utamanya, Andrew Cuomo, seorang veteran politik dan bekas Gabenor New York. Mamdani, seorang demokrat sosialis yang terkenal dengan pandangan progresifnya, […]

PAS Tegas Tolak Retorik Perkauman: Kenaikan Pangkat Sejarah Lt. Jen. Johnny Lim Disambut Baik

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2025. Kenaikan pangkat Datuk Johnny Lim Eng Seng sebagai anggota Cina pertama dalam sejarah Malaysia yang mencapai pangkat Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mencetuskan perbincangan luas serta sorakan bangga dalam kalangan rakyat, khususnya komuniti minoriti yang telah lama menyumbang tanpa banyak sorotan. Namun di sebalik detik bersejarah ini, satu […]

125 Pesawat, 14 Bom Pemusnah Bunker, Serta Peluru Berpandu Tomahawak Membanjiri Iran

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025. Ketegangan selama hampir dua minggu antara Iran dan Israel dilaporkan semakin reda selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan kejayaan memeterai gencatan senjata mengejut yang dijangka menamatkan konflik 12 hari paling berdarah di rantau Timur Tengah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pengumuman tersebut hadir selepas rundingan tertutup antara Washington, Tel […]

Perkhidmatan Aerotrain KLIA Dijangka Beroperasi Semula Mulai 1 Julai

SEPANG, 22 Jun 2025 – Perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang telah lama dihentikan operasi kini dijadualkan untuk kembali beroperasi pada 1 Julai 2025, menurut pengumuman rasmi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke hari ini. Beliau menyatakan bahawa projek menaik taraf perkhidmatan Aerotrain telah selesai sepenuhnya, dan kini berada pada fasa akhir […]

ASEAN Perlu Bertindak Segera Tangani Isu Murid Tercicir – Fadhlina

LANGKAWI, 21 Jun 2025 – Negara-negara anggota ASEAN perlu memberi perhatian segera terhadap isu keciciran murid dan belia tidak bersekolah (OOSCY) sebagai antara cabaran utama dalam membina rantau yang berdaya tahan, mampan dan inklusif. Seruan ini disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dalam ucapan alu-aluannya di Persidangan Meja Bulat Menteri Pendidikan dan Menteri Pendidikan […]

MAIS: Mahkamah Persekutuan Mencampuri Urusan Pembuatan dan Pemakaian Fatwa Yang Berkaitan Dengan Persoalan Hukum Syarak.

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pemakaian fatwa tahun 2014 terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) telah mencetuskan reaksi balas daripada DYMM Sultan Selangor dan pihak berkuasa agama, sekali gus membuka perbincangan lebih luas tentang sempadan kuasa institusi agama dan sivil dalam konteks perundangan negara. Dalam keputusan majoriti 3-1, panel yang […]

Mahkamah Persekutuan Batalkan Fatwa 2014 terhadap Sisters in Islam, Sultan Selangor Seru Nama Islam Tidak Disalahguna

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025. Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk membatalkan fatwa kontroversi tahun 2014 terhadap kumpulan hak wanita Sisters in Islam (SIS) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor, sekaligus mencetuskan reaksi lanjut daripada pihak istana negeri itu berhubung penggunaan istilah “Islam” dalam nama pertubuhan terbabit. Dalam keputusan majoriti yang diketuai oleh Ketua Hakim […]