Hampir 3,000 Penjawat Awam Malaysia Ditangkap Terima Rasuah Dalam Tempoh 10 Tahun

KUALA LUMPUR, 17/08/2025 Data Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam ditangkap kerana menerima rasuah dalam tempoh sedekad lalu, termasuk kes terbaharu melibatkan pegawai kanan tentera yang membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada sindiket penyeludupan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, memaklumkan dalam jawapan bertulis […]
SIARAN MEDIA: Enam Ahli Parlimen DAP Di lantik Sebagai Rakan Strategik MOSTI Melalui Inisiatif Friends of Ministry (FOM)

PARLIMEN, 17/08/2025 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengukuhkan lagi pendekatan komunikasi strategik di peringkat akar umbi dengan pelaksanaan inisiatif Friends of Ministry (FOM), yang disokong penuh oleh Kelab Penyokong Kerajaan Madani (Backbenchers Club – BBC). Langkah ini bertujuan memperkasa Ahli Parlimen penyokong kerajaan sebagai agen kementerian dalam menyampaikan dasar, polisi, dan agenda sains, teknologi […]
SIARAN MEDIA: Malaysia Kecam Agenda ‘Greater Israel’ dan Pengembangan Penempatan Haram Israel

PUTRAJAYA, 17/08/2025 Malaysia hari ini mengecam sekeras-kerasnya kenyataan terbaharu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mempromosikan visi peluasan haram dan tidak sah “Greater Israel” serta rancangan pembinaan penempatan baharu di wilayah Palestin yang diduduki. Dalam kenyataan rasmi Kementerian Luar Negeri, Malaysia menegaskan tindakan ini jelas melanggar Konvensyen Geneva Keempat dan bertujuan mengukuhkan pendudukan haram ke […]
Ahli Parlimen PAS Tegaskan Sebutan 13 Mei di Dewan Rakyat Hanya “Peringatan Mesra”

KUALA LUMPUR, 15/8/2025 Ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim (PN), mempertahankan tindakannya merujuk peristiwa rusuhan kaum 13 Mei dalam perbahasan di Dewan Rakyat, sambil menegaskan ia bukan ancaman tetapi sekadar “peringatan mesra” mengenai kepentingan perpaduan negara. Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) hari ini, Awang berkata tiada salahnya membincangkan tragedi itu kerana ia juga diajar kepada […]
Malaysia Sambung Semula Pengambilan Pekerja Bangladesh Walaupun Bayangan Sindiket Masih Menghantui

PUTRAJAYA, 13/82025 Malaysia dan Bangladesh bersetuju menyambung semula pengambilan pekerja warga Bangladesh ke negara ini selepas lebih setahun pembekuan, meskipun kebimbangan terhadap pengaruh sindiket dan kartel buruh antarabangsa masih belum reda sepenuhnya. Pembekuan tersebut bermula pada Jun 2024 apabila pihak berkuasa mendedahkan wujudnya sindiket yang mengenakan bayaran sehingga AS$5,000 (RM23,500) kepada pekerja untuk pekerjaan yang […]
PM Anwar Tegas: Kematian Zara Qairina Bukan Bahan Politik, Siasatan Akan Dilaksana Secara Telus

PETALING JAYA, 11/8/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan semua pihak perlu berhati-hati dalam mengulas kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, di Sabah, sambil menekankan bahawa proses undang-undang mesti berjalan tanpa campur tangan politik. Anwar berkata, kes tersebut tidak akan dipandang ringan berikutan pelbagai dakwaan mengenai punca kematian mangsa yang tular di […]
Shafie Apdal Tegas: Mansuhkan Hutang Pinjaman Pelajar Mampu Dilaksanakan

PETALING JAYA, 11/8/2025 Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menegaskan janjinya untuk memansuhkan semua baki hutang pinjaman pelajar Sabah sekiranya parti itu membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya akan datang bukan sekadar retorik politik, sebaliknya mampu dilaksanakan secara kewangan. Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, beliau mempunyai pengalaman menguruskan hutang besar […]
“Lebih 98,000 Rakyat Malaysia Pilih Tinggalkan Kewarganegaraan Demi Singapura. Reaksi Kerajaan & Cabaran Bendung ‘Brain Drain’”

KUALA LUMPUR, 10/8/2025 Malaysia kehilangan 98,318 warganya kepada Singapura sejak 2015 hingga Jun 2025, dengan rekod tahunan tertinggi pada 2024 iaitu 16,930 orang, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen. Fenomena ini sekali lagi mencetuskan perdebatan tentang strategi negara menangani kehilangan modal insan (brain drain) yang kian meruncing. Dalam jawapan bertulis […]
“Hiroshima 80 Tahun: Gema derita belum reda. Kisah Terakhir Mangsa Atom yang perlu didengar!”

Hiroshima, Jepun. 10/8/2025 Pada 6 Ogos 2025 yang lalu, lautan manusia dar serata 120 negara berhimpun di Taman Memorial Damai Hiroshima untuk memperingati letupan bom atom “Little Boy” yang meragut lebih 78,000 nyawa secara serta-merta, dengan kematian menambah puluhan ribu lagi akibat kesan radiasi sepanjang tahun itu. Dalam detik sunyi pada jam 8:15 pagi suasana […]
Trump Desak CEO Intel Letak Jawatan Segera Kerana Ada Hubungan dengan Syarikat Berkait Tentera China

WASHINGTON, 9/5/2025 Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencetuskan kontroversi baharu apabila secara terbuka menuntut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Intel, Lip-Bu Tan, meletakkan jawatan serta-merta susulan dakwaan hubungan rapat beliau dengan puluhan syarikat berpangkalan di China yang didakwa mempunyai kaitan dengan keselamatan negara. Kenyataan itu dibuat di platform media sosial milik Trump, Truth Social, kurang […]