Malaysia Tegaskan Dasar Tidak Mengiktiraf Israel Selepas Duta Dipanggil Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 2 Augast 2026 Malaysia menegaskan bahawa dasar negara yang tidak mengiktiraf Israel kekal tidak berubah selepas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi menjelaskan pendirian Putrajaya berhubung dasar tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram […]

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-59 Tegaskan Kesatuan Serantau, Myanmar dan Keselamatan Maritim Jadi Fokus

MANILA, 1 Augast 2026 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-59 dan Mesyuarat Berkaitan di Manila mengulangi komitmen negara anggota untuk memperkukuh perpaduan ASEAN, meningkatkan kerjasama serantau serta menangani cabaran keselamatan dan ekonomi yang semakin kompleks. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar, keselamatan maritim, perdagangan serantau, keselamatan makanan dan tenaga serta […]

Malaysia dan Myanmar Setuju Hantar Pulang 5,000 Pelarian Rohingya, Kata Anwar Ibrahim

  PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 Malaysia dan Myanmar mencapai persetujuan untuk menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Malaysia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbincangan antara kedua-dua negara. Anwar berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab mengenal pasti dan menjalankan saringan terhadap individu yang terlibat, […]

Nicky Liow Dilepas Dan Dibebaskan Daripada 26 Pertuduhan AMLA Selepas AGC Tarik Balik Pendakwaan

  SHAH ALAM, 30 Julai 2026 Ahli perniagaan, Datuk Seri Nicky Liow atau nama sebenarnya Liow Soon Hee, sebenarnya telah dilepas dan dibebaskan daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan lebih RM36 juta selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan kira-kira tiga tahun lalu. Perkara itu disahkan peguamnya, Datuk Rajpal Singh, […]

Zahid: Tiada Siapa Kebal Jika Dikaitkan Dalam Laporan RCI Tabung Haji

TAMPIN, 29 Julai 2026 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada mana-mana individu yang kebal daripada tindakan undang-undang sekiranya nama mereka dikaitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji. Beliau berkata dapatan RCI perlu didedahkan secara telus kepada rakyat, manakala sebarang unsur penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, pecah amanah atau […]

Ketegangan Asia Barat Memuncak, Serangan Terhadap Kemudahan Tenaga Saudi Tingkatkan Kebimbangan Pasaran Global

DUBAI, 27 Julai 2026 Ketegangan di Asia Barat terus meningkat apabila kumpulan Houthi mendakwa telah melancarkan serangan terhadap kemudahan tenaga di Arab Saudi, sekali gus menimbulkan kebimbangan baharu mengenai keselamatan bekalan tenaga dunia serta kestabilan pasaran kewangan global. Menurut Reuters, Houthi mendakwa telah menyasarkan kemudahan tenaga di Jizan dan Yanbu, dua lokasi penting dalam rangkaian […]

Lebih 2,518 Pegawai Perubatan Tinggalkan KKM Dalam Tempoh Tiga Tahun, Kerajaan Perhebat Usaha Kekalkan Bakat

KUALA LUMPUR 21 Julai 2026 Lebih 3,000 pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam sepanjang tempoh 2023 hingga 2025, sekali gus menonjolkan cabaran berterusan Malaysia dalam mengekalkan tenaga kerja kesihatan di hospital dan klinik kerajaan. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerusi jawapan bertulis di Parlimen. Beliau berkata, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai […]

ASEAN Pertimbang Libat Urus Lebih Luas Dengan Myanmar, Malaysia Pantau Hala Tuju Baharu Diplomasi Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2026 ASEAN sedang menilai pendekatan diplomatik yang lebih meluas dalam usaha menangani krisis Myanmar selepas beberapa tahun berdepan kebuntuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara. Perbincangan mengenai pendekatan tersebut menyusul beberapa siri mesyuarat tidak rasmi yang dipengerusikan Filipina selaku Pengerusi ASEAN 2026. Dalam perkembangan terbaharu, Utusan Khas ASEAN bagi Myanmar yang juga […]

Bekalan Elektrik dan Air Kini Jadi Syarat Kelulusan Projek Pusat Data Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2026 Kerajaan menetapkan bahawa hanya projek pusat data baharu yang mempunyai bekalan elektrik dan air mencukupi akan diberikan kelulusan sebagai langkah memastikan pertumbuhan ekonomi digital negara tidak menjejaskan keperluan rakyat serta industri tempatan. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin, berkata setiap permohonan akan dinilai berdasarkan kapasiti utiliti di […]

22,339 Anggota PDRM dan ATM Akan Mengundi Awal PRN Negeri Sembilan 28 Julai Ini

SEREMBAN, 17 Julai 2026 Seramai 22,339 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Sembilan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 pada 28 Julai 2026, menjelang hari pengundian yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2026. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk […]