SIARAN MEDIA – PERLUASAN SKOP CUKAI JUALAN (CJ) DAN CUKAI PERKHIDMATAN (CP) MULAI 1 JULAI 2025

PUTRAJAYA, 10 Jun 2025. Seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Kerajaan MADANI akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai 2025. Langkah ini bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa […]
SIARAN MEDIA -AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS) 279 WARGA ASING TIDAK DIBENARKAN MASUK, DIARAH PULANG – REKOD TERTINGGI DALAM SATU HARI

SEPANG, 4 Jun 2025. Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) KLIA mencatat satu kejayaan besar apabila berjaya menghalang kemasukan serta menghantar pulang seramai 279 warganegara asing dari Bangladesh, Pakistan dan India yang didapati tidak memenuhi syarat kemasukan ke Malaysia, di sini, semalam. Jumlah ini merupakan rekod harian tertinggi bagi kes Not-To-Land (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau […]
SIARAN MEDIA – MALAYSIA DILANTIK PRESIDEN SESI KETIGA UN-HABITAT BAGI TEMPOH 2025–2027

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2025 – Malaysia mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Presiden sesi ketiga Perhimpunan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat) bagi tempoh 2025 hingga 2027. Selain itu, Malaysia turut dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat bagi sesi 2027 hingga 2029. Pelantikan ini menggambarkan pengiktirafan komuniti antarabangsa terhadap komitmen dan usaha Malaysia dalam […]
Malaysia Memimpin ASEAN 2025: Menyemai Integrasi Ekonomi Serantau Melalui Pelan Induk AEC 2025

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2025. Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, memikul tanggungjawab penting dalam memacu integrasi ekonomi serantau melalui Pelan Induk Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025. Pelan ini, yang dilancarkan pada 2015, menetapkan hala tuju strategik untuk memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara-negara ASEAN. Latar Belakang dan Matlamat AEC 2025 Sejak […]
ASEAN: 200 Petugas Kesihatan Siap Siaga di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46: Jamin Keselamatan Perubatan Delegasi

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2025. Kementerian Kesihatan Malaysia mengerahkan hampir 200 petugas kesihatan bagi memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan perubatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan acara berkaitan yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula Jumaat, 23 Mei 2025. Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Nor’Aishah Abu Bakar, memaklumkan bahawa pasukan kesihatan telah ditempatkan secara strategik, antaranya […]
Nurul Izzah Anwar Menang Besar Jawatan Timbalan Presiden PKR, Tewaskan Rafizi Ramli dengan 9,803 Undi

Johor Bahru, 24 Mei 2025. Dalam satu keputusan yang menggemparkan arena politik tanah air, Nurul Izzah Anwar telah diumumkan sebagai pemenang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi penggal 2025–2028. Beliau memperoleh 9,803 undi, menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Rafizi Ramli, yang hanya meraih 3,866 undi. Kemenangan Nurul Izzah, anak sulung kepada Presiden PKR […]
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Penutupan Jalan Utama di Lembah Klang Bermula Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2025. Sebanyak enam lebuh raya utama dan 25 jalan penting di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat mulai 23 hingga 28 Mei sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan […]
SIARAN MEDIA: TIADA KOMPROMI TERHADAP SALAH LAKU DAN PELANGGARAN INTEGRITI

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ingin menarik perhatian mengenai laporan keputusan siasatan salah laku melibatkan pegawai AADK Negeri Sembilan yang dikeluarkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang melalui siaran media bertarikh 19 Mei 2025. AADK akan mengambil tindakan segera terhadap laporan siasatan ini dan tidak sesekali berkompromi atau melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dengan salah laku […]
Polis Adakan Latihan Trafik Dua Hari Sebagai Persediaan Sidang Kemuncak ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan latihan simulasi trafik berskala besar selama dua hari bermula esok, 21 Mei hingga 22 Mei, sebagai persediaan menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur. Latihan ini bertujuan menguji kawalan lalu lintas, penutupan jalan raya serta simulasi pergerakan konvoi rasmi delegasi […]
Lebih 200 Peserta Gagal Hadir PLKN 3.0 Siri 2/2025 – Bakal Dikenakan Denda atau Penjara

PUTRAJAYA, 16 Mei 2025 – Kementerian Pertahanan memberi amaran keras kepada lebih 200 peserta yang gagal melapor diri ke kem latihan masing-masing di bawah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025. Mereka yang tidak hadir tanpa alasan sah atau tanpa dokumen perubatan disahkan pakar boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda sehingga RM3,000 atau penjara […]