PMX Kejutkan Negara Dengan Subsidi RON95 RM1.99 Seliter Untuk Semua Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 24/09/2025 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan harga petrol RON95 akan ditetapkan pada kadar RM1.99 seliter bermula 30 September ini melalui inisiatif BUDI95. Pengumuman ini mengejutkan ramai kerana buat pertama kali subsidi petrol diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira tahap pendapatan, kedudukan atau status pekerjaan. Menurut Anwar, langkah ini […]

ASEAN: MASEAN Tandatangani Perjanjian Persaingan Rangka (AFAC) di Kuala Lumpur: Satu Langkah Bersejarah Bagi Membina Pasaran Adil dan Telus

  KUALA LUMPUR, 24/09/2025 ASEAN melakar sejarah baharu apabila Perjanjian Persaingan Rangka ASEAN (ASEAN Framework Agreement on Competition, AFAC) ditandatangani secara rasmi pada Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Majlis yang disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Utama […]

Hanya 3,246 Orang Berjaya Kerja Walau Sasaran 17,500 Orang

KUALA LUMPUR, 23/09/2025 Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui TNB Integrated Learning Solution (ILSAS) mensasarkan 17,500 rakyat Malaysia mendapat manfaat program latihan semula (reskilling) menjelang 2024 tetapi setakat ini hanya 3,246 individu yang menamatkan latihan berjaya memperoleh pekerjaan. Program latihan semula ILSAS melibatkan latihan praktikal dan teori bagi individu yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 serta […]

MyKad Rosak dan Tamat Tempoh Boleh Diganti di UTC Pada Hujung Minggu

KUALA LUMPUR, 22/09/2022 Orang ramai kini mempunyai pilihan lebih mudah untuk menggantikan atau memperbaharui MyKad mereka pada hujung minggu melalui kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang beroperasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC). Langkah ini membolehkan rakyat menguruskan dokumen pengenalan diri tanpa perlu mengambil cuti bekerja. Tinjauan mendapati orang ramai mula beratur seawal jam 8 pagi […]

MyKad Lama dan Rosak Perlu Diganti, Caj Serendah RM10

KUALA LUMPUR, 22/09/2025 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengingatkan orang ramai bahawa MyKad yang telah rosak atau digunakan melebihi tempoh 10 tahun perlu digantikan dengan kadar bayaran RM10. Bagi kes MyKad rosak yang dilaporkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kad dikeluarkan, penggantian akan diberikan secara percuma. Menurut JPN, kemudahan ini disediakan di lebih 210 kaunter […]

100,000 Kenderaan Layak, Tapi Hanya 335 Sudah Daftar SKPS ‒ Siapa Terlepas?

PENAMPANG, 22/09/2025 Walaupun kerajaan telah mengenal pasti 2,677 kenderaan di Sabah dan 1,970 kenderaan di Sarawak sebagai calon layak untuk menyertai Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS), sehingga malam ini hanya 95 kenderaan secara keseluruhan daripada negeri-negeri tersebut yang telah mendaftar secara rasmi. Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk […]

“Gambar Perpisahan 48 Tawanan”: Isyarat Psikologi Hamas Saat Serangan Gaza City Memuncak

KUALA LUMPUR, 21/09/2025 Sayap bersenjata Hamas menyiarkan apa yang digelar “gambar perpisahan” memaparkan 48 tawanan Israel yang masih berada di Gaza, ketika tentera Israel memperluas operasi darat dan serangan udara di Gaza City, pusat bandar terbesar di wilayah tersebut. Dalam imej itu, setiap wajah ditanda nama “Ron Arad” – merujuk pegawai udara Israel yang hilang […]

Malaysia Tapak Operasi Hamas? Kenyataan Anwar Mengenai Israel Cetus Tuduhan Penganalisis AS

KUALA LUMPUR, 21/09/2025 Seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar negara-negara menggantung hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel selepas serangan udara Israel di Doha minggu lalu kembali mengundang tumpuan antarabangsa apabila seorang penganalisis Amerika Syarikat, Dr Jonathan Schanzer daripada Foundation for Defense of Democracies (FDD) menuduh Malaysia sebagai “salah satu pangkalan operasi Hamas.” Tuduhan […]

Telefon Anda, Aplikasi Siapa? Dakwaan AppCloud Pra-Pasang Pada Samsung Series A/M Di Kaitkan dengan Israel

CYBERJAYA, 21/09/2025 Beberapa laporan hak digital antarabangsa mendakwa aplikasi AppCloud yang dikaitkan dengan syarikat Israel, ironSource kini dimiliki Unity  hadir sebagai aplikasi pra-pasang pada sebahagian telefon Samsung Galaxy siri A dan M, sukar dinyahpasang, serta aktif memaparkan cadangan aplikasi kepada pengguna. Badan hak digital berpengkalan di rantau Asia Barat dan Afrika Utara (WANA), SMEX, menyiarkan […]

“Lagi ‘Bilis’ Ditangkap!”:  20 Pegawai Imigresen Dipecat Kerana Pengkhianatan ‘Counter Setting’, Sementara 227 Lagi Disiasat

KUALA LUMPUR, 20/09/2025 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan 20 pegawai telah dibuang kerja kerana terbabit rasuah di pintu masuk negara melalui modus operandi “counter setting”, manakala 227 pegawai lain sedang disiasat sebelum tindakan lanjut diambil. Pendedahan itu dibuat selepas siasatan dalaman yang memakan masa sehingga tiga tahun dan sabitan mahkamah terhadap sebahagian individu berkenaan, kata […]