Azam Baki: Legasi SPRM Perlu Diteruskan, Integriti Menjadi Tiang Seri

Putrajaya, 27/09/2025 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menegaskan bahawa legasi yang ditinggalkan oleh pesara SPRM perlu diteruskan oleh pegawai yang masih berkhidmat, sebagai kesinambungan usaha membina integriti dan menaikkan imej suruhanjaya itu di mata rakyat. Beliau berkata, pesara dan bakal pesara menaruh harapan besar agar usaha keras mereka […]
Gaza Terus Berdarah: Netanyahu Kecam Britain dan Perancis Ikhtiraf Negara Palestin

Jerusalem, 27/09/2025 Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam tindakan beberapa pemimpin Barat termasuk Britain dan Perancis yang mengiktiraf penubuhan negara Palestin. Kenyataan keras itu dibuat ketika beliau berlepas ke Amerika Syarikat untuk menghadiri pertemuan dengan Presiden Donald Trump di White House serta menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Netanyahu menyifatkan langkah pengiktirafan […]
ASEAN–UK Kukuhkan Kerjasama Ekonomi: Perdagangan Dua Hala Cecah USD 38.8 Bilion

Kuala Lumpur, 27/09/2025 Mesyuarat Konsultasi ASEAN–United Kingdom (UK) ke-5 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan komitmen baharu untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua rantau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri […]
Larang Beg Plastik Sekali Guna Mulai September 2025

George Town, Pulau Pinang, 29/09/2025 Kerajaan negeri Pulau Pinang terus melaksanakan larangan pengagihan beg plastik sekali guna di premis runcit utama seperti pasar raya besar, kedai serbaneka, farmasi dan restoran makanan segera. Usaha ini sebahagiannya diperkenalkan dalam fasa pendidikan bermula 1 Mac 2025 sehingga 31 Ogos 2025 untuk memberi ruang kepada orang awam dan […]
MEMALUKAN: Pegawai Timbalan Pendakwa Raya di MACC Ditahan Setelah Seminggu Bertugas. Pemeriksaan Dirumah Temui Barang Terlarang Disyaki Dadah

Kuala Lumpur, 26/09/2025 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) mengesahkan bahawa seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang baru dilantik dan melapor diri minggu lalu telah ditahan polis di kediamannya pada 23 September kerana disyaki memiliki dadah. Semasa operasi penggeledahan dijalankan, pihak polis menemui bahan yang dipercayai dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein […]
RV Bakal Dilesenkan Mulai 2026: Sektor Pelancongan Malaysia Terima Suntikan Baharu

KAJANG, 26/09/2025 Malaysia bakal memasuki era baharu pelancongan apabila Kementerian Pengangkutan mengumumkan kenderaan rekreasi (RV) akan dilesenkan dan dikawal selia untuk kegunaan komersial bermula 1 Januari 2026. Langkah ini dijangka merancakkan segmen pelancongan berasaskan gaya hidup road trip yang semakin mendapat perhatian global. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata dasar baharu itu akan membolehkan RV digunakan […]
43 Penjawat Awam Terima Ganjaran RM46,000 Kerana Laporkan Rasuah

KUALA LUMPUR, 26/09/2025 Seramai 43 penjawat awam menerima pengiktirafan khas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas berani tampil melaporkan kes rasuah. Mereka bukan sahaja diiktiraf kerana keberanian, malah turut menerima ganjaran wang tunai berjumlah RM46,000. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata penerima tersebut telah melepasi saringan integriti yang dilaksanakan […]
ASEAN dan Jepun Kukuhkan Hubungan Ekonomi Bernilai USD236.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 25/09/2025 Konsultasi ke-31 antara Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) membuka tirai di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan penegasan semula komitmen untuk memperkukuh hubungan ekonomi yang telah berusia lebih lima dekad. Dalam ucapan pembukaan, Pengerusi AEM menegaskan bahawa Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi mesyuarat […]
Subsidi Bahan Api BUDI95: Rafizi Dedah Golongan T20 Lebih Untung, Anwar Umum Harga RON95 Turun RM1.99 Seliter Mulai 30 September

KUALA LUMPUR, 25/09/2025 Malaysia bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar subsidi bahan api apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 akan dikurangkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September melalui program Budi Madani RON95 atau BUDI95. Keputusan ini menandakan pelaksanaan subsidi bersasar secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia, dengan kuota 300 […]
BUDI95: Golongan T20 Nikmati Lebih Banyak Manfaat Berbanding B40

SHAH ALAM, 24/09/2025 Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi amaran bahawa tanpa pelaksanaan subsidi petrol RON95 bersasar, golongan berpendapatan tinggi (T20) akan terus menikmati manfaat lebih besar berbanding kumpulan berpendapatan rendah (B40). Beliau menegaskan, setiap kali kerajaan menyalurkan subsidi, keluarga kaya akhirnya menerima bahagian lebih besar berbanding isi rumah B40. Menurut Rafizi, jika […]