ChatGPT Kini Rasmi di Malaysia: OpenAI Umum Pelan Langganan Bermula RM38.99 Sebulan

KUALA LUMPUR,12 Oktober 2025 OpenAI kini secara rasmi melancarkan pelan langganan ChatGPT berbayar untuk pengguna di Malaysia, menjadikan negara ini antara 16 pasaran baharu yang menerima akses penuh kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) paling popular dunia itu. Pelan berbayar yang diperkenalkan terdiri daripada tiga peringkat; Go, Plus dan Pro dengan harga bermula serendah RM38.99 sebulan, […]
Penularan Influenza di Sekolah: KPM Umum Tindakan Segera Lindungi Kesihatan Warga Pendidikan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan segera berikutan peningkatan kes penyakit berjangkit Influenza-Like Illness (ILI) di institusi pendidikan seluruh negara, dengan pelaksanaan langkah pencegahan menyeluruh bagi memastikan kesihatan pelajar, guru dan seluruh warga pendidikan terjamin. Dalam satu kenyataan rasmi, KPM menegaskan bahawa pihaknya memandang serius penularan wabak itu dan telah […]
KENYATAAN MEDIA: KPM AMBIL PERHATIAN PENULARAN INFLUENZA, BERUSAHA PASTIKAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN SELURUH WARGA INSTITUSI PENDIDIKAN TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 11 OKTOBER 2025, Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius penularan penyakit berjangkit Influenza-Like Illness (ILI) di institusi pendidikan bawah kelolaannya. Sehubungan dengan itu, KPM mengambil pendekatan berterusan bagi memastikan langkah kawalan dan pencegahan penyakit dilaksanakan secara efektif. Antara langkah yang telah dan sedang dilaksanakan adalah menerusi Surat Pemakluman Berhubung Garis Panduan Pencegahan Penularan Jangkitan […]
Insentif RM4,000 untuk Lupus Kenderaan Lama: Langkah Baharu Kerajaan Tangani Risiko Jalan Raya dan Pencemaran

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2025 Kerajaan mengumumkan insentif sehingga RM4,000 bagi pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun untuk melupuskan kenderaan lama mereka dan digantikan dengan kereta nasional baharu. Langkah ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini. Menurut beliau, inisiatif itu dilaksanakan melalui kerjasama […]
KENYATAAN MEDIA: JKM KEKAL KOMITED MELINDUNGI KEBAJIKAN WARGA EMAS

PUTRAJAYA, 10 OKTOBER 2025 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil maklum susulan daripada isu tular di media sosial yang memaparkan seorang warga emas wanita tidak mempunyai tempat tinggal dan berkeliaran di sekitar kawasan Restoran Al-Ibrahim Maju, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Laporan telah diterima oleh JKM WPKL pada 6 Oktober 2025 dan kes diselesaikan pada hari […]
Jurang Pendapatan Mengecil, Rakyat Luar Bandar Kini Lebih Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendedahkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar semakin mengecil, dengan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah luar bandar meningkat 5.7 peratus berbanding 5.8 peratus di bandar dalam tempoh 2022 hingga 2024 Analisis Strata: Dari Pekan ke Bandar Pendapatan purata isi rumah luar bandar […]
Pendapatan Isi Rumah Malaysia Meningkat, Kuala Lumpur Catat Tahap Tertinggi

PUTRAJAYA, 10 Oktober 2025 Pendapatan isi rumah Malaysia menunjukkan peningkatan kukuh pada tahun 2024 dengan pendapatan kasar bulanan penengah nasional mencapai RM7,017 berbanding RM6,338 pada 2022. Sementara itu, pendapatan purata meningkat kepada RM9,155, menandakan pertumbuhan tahunan 5.1 peratus, sekali gus mencerminkan peningkatan kuasa beli rakyat dan kestabilan ekonomi negara Laporan rasmi Survei Pendapatan Isi Rumah […]
JKM Bertindak Pantas, Selamatkan ‘Mak Ros’ Dalam Tempoh 24 Jam

Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 JKM mengambil maklum tularnya laporan mengenai seorang warga emas wanita yang dilaporkan berkeliaran tanpa tempat tinggal di sekitar Restoran Al-Ibrahim Maju, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur. Menurut laporan dari Bernama, JKM telah menerima laporan tersebut pada 6 Oktober 2025, dan tindakan awal telah diambil pada hari yang sama. Berdasarkan siasatan […]
Tiada Lagi Kon, Tiada Lagi Parkir Haram Milik Sendiri!

AMPANG, 8 Oktober 2025 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan arahan tegas terhadap premis bengkel kenderaan, kedai aksesori dan pusat cuci kereta yang didapati “memonopoli” tempat letak kereta awam di hadapan premis mereka. Mulai bulan ini, semua pemilik premis berkenaan diwajibkan menyewa dua hingga tiga petak parkir bagi kegunaan perniagaan, atau berdepan tindakan penguatkuasaan termasuk […]
Presiden PETRONAS Raie Kemenangan Dengan ‘Mandi Champange’ di Podium F1

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2025 Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, tampil memohon maaf secara terbuka selepas tular video beliau berada di atas podium Grand Prix Formula 1 Singapura Ahad lalu, yang menunjukkan beliau terlibat dalam sambutan menggunakan minuman keras bersama pemandu pasukan Mercedes-AMG PETRONAS. Beliau menjelaskan […]