JSJK Beri Amaran Pautan Palsu ‘Berbuka Puasa Percuma’, Walaupun Tiada Laporan Diterima Setakat Ini

KUALA LUMPUR 26/2/2026 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesahkan bahawa setakat ini tiada laporan polis diterima yang secara khusus berkaitan pautan penipuan jemputan berbuka puasa percuma seperti yang tular di media sosial. Namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa taktik tersebut berpotensi digunakan oleh sindiket bagi mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan orang ramai. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah […]

TV AlHijrah dan Penduduk Danau Kota Anjur Program Bubur Lambuk, Perkukuh Perpaduan Ramadan

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2026 Persatuan Penduduk Taman Danau Kota dengan kerjasama TV AlHijrah hari ini menganjurkan program memasak dan pengagihan bubur lambuk di Pusat Aktiviti Persatuan atau Kabin di Jalan 12/23B, Taman Danau Kota 23B, sebagai sebahagian daripada inisiatif Ramadan yang memfokuskan kepada penyatuan komuniti setempat. Aktiviti memasak dijadual bermula seawal jam 8.00 pagi […]

Desakan RCI Isu “Mafia Korporat” Naik Ke Kabinet, Ujian Besar Terhadap Integriti Tadbir Urus Negara

KUALA LUMPUR 25/2/2026 Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung dakwaan kewujudan “mafia korporat” kini berada di peringkat Kabinet selepas dibangkitkan dalam mesyuarat terbaru Jemaah Menteri. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengesahkan bahawa perkara tersebut telah dibincangkan dan akan terus diperjuangkan sebagai pendirian parti. Perkembangan ini membawa isu tersebut daripada polemik politik kepada pertimbangan institusi tertinggi kerajaan. […]

Tiada Kompromi Sublet dan Jual Beli Tapak: Kerajaan Perketat Penguatkuasaan Bazar Ramadan 2026

KUALA LUMPUR, 23/2/2026 Kerajaan MADANI menegaskan bahawa tiada sebarang kompromi terhadap amalan sublet, jual beli tapak dan pengambilan keuntungan berlebihan dalam pengurusan Bazar Ramadan, meskipun kadar caj tapak bagi tahun 2026 telah diturunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ketegasan itu dinyatakan dalam sidang media bertajuk “DBKL Turunkan Kadar Caj Tapak Bazar Ramadan Tahun 2026”, yang […]

Scammer Aktif Sasar Pengguna BNPL: Ingatkan Baucher Rupanya Bala

PETALING JAYA, 23/2/2026 Sindiket penipuan kini dikesan menyasarkan pengguna skim Beli Sekarang Bayar Kemudian atau BNPL dengan taktik lebih licik, menyebabkan mangsa bukan sahaja kehilangan wang, malah menanggung pertambahan hutang tanpa disedari sehingga mencecah belasan ribu ringgit. Modus operandi sindiket bermula dengan panggilan telefon atau mesej WhatsApp yang menyamar sebagai pegawai syarikat e-dagang. Mangsa dimaklumkan […]

Tiada Bantuan Ramadan atau Tuntutan E-Tunai: MoF Dedah Mesej Palsu Tular, Orang Ramai Diminta Waspada

PUTRAJAYA 22/2/2026 Kementerian Kewangan Malaysia menegaskan bahawa tiada sebarang permohonan rasmi bagi “Bantuan Ramadan” atau “Tuntutan Kredit E-Tunai” seperti yang sedang tular di media sosial ketika ini, dan mesej berkenaan disahkan sebagai palsu. Amaran tersebut dikeluarkan selepas beberapa tangkap layar mesej serta pautan mencurigakan dikongsi secara meluas di platform digital, kononnya menawarkan bantuan kewangan khas […]

Reruai Street Dakwah Disita DBKL, Firdaus Wong Persoal Konsistensi Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR 21/2/2026 Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita kanopi dan bahan dakwah milik pertubuhan Multiracial Reverted Muslims (MRM) di Jalan Bukit Bintang pada hari pertama Tahun Baharu Cina mencetus polemik awam apabila pengasasnya, Firdaus Wong, mempersoalkan asas dan prosedur penguatkuasaan tersebut. Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Firdaus yang juga Pengerusi […]

“SPRM Juga Tidak Terkecuali”: Agong Perluas ‘Radar’ Perangi Rasuah, Amaran Tegas Kepada Semua Agensi

PETALING JAYA, 19/2/2026 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa tiada mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang terkecuali daripada misi baginda memerangi rasuah, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Media Diraja pada 16 Februari, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa lebih ramai individu kini berada dalam “radar” baginda dalam usaha […]

Tiba-Tiba Rafizi Dakwa Disiasat Selepas Tuntut Azam Digantung

KUALA LUMPUR 18/2/2025 Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendakwa siasatan yang digerakkan terhadap beliau berkaitan dua dasar utama negara adalah bermotif intimidasi susulan desakannya agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, digantung sementara dan disiasat secara bebas. Dalam kenyataan bertarikh 17 Februari 2026, Rafizi memaklumkan bahawa siasatan tersebut berkisar kepada […]

Pegangan Saham Penjawat Awam Jadi Perdebatan: Rafizi Tegas Soal ‘Isyarat Pasaran’, JPA Jelaskan Prosedur Kelulusan

KUALA LUMPUR 17/2/2026 Perdebatan mengenai pemilikan saham oleh penjawat awam kembali hangat apabila Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, menegaskan bahawa had “financial exposure” terhadap pegawai kerajaan bertujuan mengekang risiko konflik kepentingan dan mengelakkan isyarat yang boleh dimanipulasi oleh kroni serta broker pasaran. Dalam kenyataan terbaharu, Rafizi Ramli menjelaskan bahawa penjawat awam, khususnya yang […]