Azam Baki Disiasat: 17.7 Juta Saham Bernilai RM800,000 Jadi Tumpuan Jawatankuasa Khas

PETALING JAYA 16/2/2026 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, kini disiasat berhubung pelbagai dakwaan terhadap beliau termasuk pemilikan 17.7 juta saham yang dianggarkan bernilai kira-kira RM800,000 dalam sebuah syarikat. Perkara itu disahkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, yang memaklumkan bahawa kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk meneliti […]

Kes Rasuah RM1.37 Juta: Bekas CEO SSM dan Anak Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR 15/2/2026 Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahab Fenner, 66, serta anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan, 40, untuk membela diri atas pertuduhan rasuah berjumlah RM1.37 juta yang didakwa berlaku antara tahun 2015 hingga 2019. Hakim Azura Alwi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan […]

Lagi Skandal Tadbir Urus HRD Corp: CEO Gantung Tiga Pegawai Kanan, Projek RM14 Juta Disiasat

KUALA LUMPUR 14/2/2026 Kurang dua minggu selepas dilantik menerajui Human Resource Development Corporation (HRD Corp), Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz, menggantung tiga pegawai kanan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan susulan dapatan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Ketua Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Keputusan drastik itu dibuat selepas laporan-laporan berkenaan […]

“Jangan Politikkan Rumah Ibadat”: Titah Tegas Agong, Undang-Undang Mesti Dipatuhi Semua Pihak

KUALA LUMPUR 14/2/2026 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa isu pembinaan rumah ibadat tidak wajar dipolitikkan dan semua pihak wajib mematuhi undang-undang serta peraturan yang sedang berkuat kuasa. Titah baginda itu hadir ketika polemik berhubung pembinaan rumah ibadat kembali menjadi bahan perdebatan awam dan politik, sekali […]

ISM Perkasa Sukarelawan: Bengkel 3 Hari Dedah ‘Tools & Technique’ Perkasa Aktiviti Sukarelawan.

PORT DICKSON 13/2/2026 Institut Sosial Malaysia melalui Pusat Pengajian Pembangunan Komuniti menganjurkan Bengkel Sukarelawan Peringkat Pertengahan Siri 1/2026 selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Februari 2026 di Hotel Avillion, Port Dickson, dengan fokus memperkukuh kompetensi dan impak kerja kesukarelawanan di peringkat pertengahan. Program anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) itu menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar […]

“Bentengi Malaysia Daripada Fasisme dan Perkauman”: PM Amaran Gelombang Bahaya Ideologi Global

PETALING JAYA, 12/2/2026 Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia agar terus mempertahankan perpaduan nasional dan menolak sebarang bentuk fahaman fasisme serta perkauman, ketika ideologi kanan melampau dilihat semakin mendapat tempat di negara-negara Barat. Menurut Anwar, kebangkitan fahaman fasisme dan ideologi sayap kanan di Amerika Syarikat serta beberapa negara Eropah bukan lagi isu terpencil, malah […]

Miss World Kunjung Hormat Gabenor Sabah, Angkat Perpaduan Budaya

  KOTA KINABALU, 11/2/2026 Kepimpinan Miss World mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, sebagai simbol pengiktirafan terhadap nilai Beauty With a Purpose serta komitmen bersama dalam mempromosikan perpaduan budaya dan tanggungjawab sosial. Kunjungan yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu itu mempertemukan wakil tertinggi organisasi Miss World dengan kepimpinan negeri, sekali […]

Kepincangan Adab Makin Ketara, Dari Jalan Raya ke Dewan Rakyat

PETALING JAYA, 10/2/2026. Tanda-tanda kemerosotan adab semakin jelas merentas ruang awam di Malaysia, daripada tingkah laku agresif di jalan raya, pertikaman lidah di Dewan Rakyat, kes buli di sekolah, hinggalah pengabaian kebersihan di tandas awam. Fenomena ini mencerminkan hakisan disiplin etika dalam pertuturan, perbuatan dan kawalan emosi yang suatu ketika dahulu menjadi teras kehidupan bermasyarakat. […]

Aerotrain KLIA Rosak Lagi Selepas Naik Taraf RM456 Juta, Pemuda MCA Persoal Ketelusan dan Kualiti Projek

PETALING JAYA 9/2/2026 Gangguan berulang perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencetuskan persoalan serius mengenai kualiti dan kebolehpercayaan projek naik taraf bernilai RM456 juta, apabila sistem itu dilaporkan mengalami kerosakan beberapa kali sejak disambung semula operasinya bulan lalu. Isu tersebut dibangkitkan oleh Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA) yang menyifatkan dana awam besar […]

Anwar Dedah Wajah Sebenar Rasuah

Kuala Lumpur, 8 Januari 2026. Anwar Tegaskan Era Menipu Rakyat Sudah BerakhirPETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa amalan menyembunyikan rasuah di sebalik slogan perkauman tidak lagi boleh diterima, sambil mendedahkan bagaimana sentimen etnik selama ini digunakan untuk mengaburi rakyat ketika berbilion ringgit diselewengkan secara senyap. Dalam kenyataannya, Anwar berkata terdapat pemimpin yang suatu […]