Buli di Sekolah: Ikatan Komuniti Selamat Desak KPM Ambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR, 1/8/2025 Lebih daripada sekadar masalah disiplin, kes buli di sekolah perlu dijadikan agenda nasional yang mendesak, tegas Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar mengambil langkah proaktif secara menyeluruh untuk melindungi pelajar daripada ancaman fizikal, emosi dan psikologi yang semakin serius. Dalam kenyataan rasminya […]

PAC Desak Kerajaan Naikkan Ambang RM150,000 e-Invois, Lindungi Usahawan Mikro Daripada Beban Berlebihan

KUALA LUMPUR, 1/8/2025. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan mengkaji semula ambang pendapatan bagi pelaksanaan mandatori sistem e-invois, dengan menyifatkan had RM150,000 setahun sebagai terlalu rendah dan mampu membebankan lebih 700,000 usahawan mikro di seluruh negara. Dalam laporan susulan PAC terhadap akaun belum terima Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dikeluarkan pada Rabu, jawatankuasa […]

Kes Kematian Zara Qairina: 60 Individu Termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’ Dipanggil Polis, Unsur Buli Disiasat

SABAH, 1/8/2025 Sebanyak 60 individu termasuk tiga nama yang tular di media sosial iaitu ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan seorang pelajar dikenali sebagai ‘Tomboi’ telah dipanggil polis untuk membantu siasatan kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, pada 16 Julai lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh […]

Tular Pelajar Tumbuk Guru: Remaja 14 Tahun Mengaku Bersalah di Mahkamah, Berdepan Hukuman Berat

KAJANG. 31/7/2025 Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang videonya tular kerana menumbuk gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang pada Rabu, atas pertuduhan mencederakan guru tersebut. Kes yang berlaku pada 28 Julai lalu kini menarik perhatian ramai berikutan hukuman berat yang bakal menanti remaja berkenaan. Dalam prosiding tertutup yang dikendalikan Majistret Fatin Dayana Jalil, […]

Hutang Kerajaan Persekutuan Cecah RM1.3 Trilion, Namun Kadar Peningkatan Perlahan

KUALA LUMPUR, 30/7/2025. Hutang kerajaan persekutuan Malaysia telah meningkat kepada RM1.3 trilion pada akhir bulan Jun 2025 dan telah mencetuskan kebimbingan awam. Dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menjelaskan bahawa peningkatan hutang dari RM1.25 trilion pada akhir tahun 2024 disebabkan oleh keperluan pembiayaan untuk perbelanjaan […]

Operasi Bersepadu Banteras Rokok Elektronik dan Vape Bermula 1 Ogos

IPOH, 30/7/2025 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan pelancaran operasi bersepadu bagi membanteras penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape bermula 1 Ogos ini. Operasi yang dikenali sebagai “Ops Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa)” itu akan melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan untuk memastikan undang-undang dilaksanakan dengan lebih tegas, demi melindungi kesihatan rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Menurut kenyataan […]

Misteri Pemergian Zara Qairina Cetus Persoalan, Keluarga Tuntut Siasatan Telus. Menteri Pendidikan Diam.

KUALA LUMPUR, 29/7/2025. Zara Qairina binti Mahathir, seorang pelajar berusia 13 tahun di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, meninggal dunia dalam keadaan tragik selepas ditemui terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah pada Khamis, 17 Julai 2025. Pemergian Zara yang penuh tanda tanya mencetuskan desakan keluarga agar pihak berkuasa menjalankan siasatan […]

Pemandu E-Hailing Tempatan Bantah Keputusan APAD, Dakwa Berat Sebelah Terhadap Syarikat Asing

  KUALA LUMPUR, 28/7/2025. Keputusan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membenarkan syarikat e-hailing asing, Maxim dan InDrive, meneruskan operasi dalam tempoh pemantauan selama tiga bulan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu e-hailing tempatan. Persatuan Pemandu E-Hailing Wilayah Utara (NeHDA) menegaskan keputusan ini seolah-olah mengetepikan kepentingan dan kebajikan pemandu tempatan serta menggugat integriti […]

Antara Punca Rakyat Turun Ke Jalan Raya Di Kenalpasti

KUALA LUMPUR, 28/7/2025. Rakyat Malaysia kini berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi selepas kerajaan mengumumkan kenaikan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tanpa notis awal yang jelas. Keputusan ini menimbulkan keresahan kerana kekurangan penerangan terperinci, sekaligus mencetuskan perasaan bahawa dasar baharu ini lebih mirip hukuman berbanding polisi yang membantu rakyat. Pada awal tahun […]

20 Tan Sampah Selepas Himpunan ‘Turun Anwar’ Cetus Kontroversi, Rakyat Persoal Angka Peserta

KUALA LUMPUR, 28/7/2025 Himpunan ‘Turun Anwar’ yang berlangsung pada 26 Julai 2025 di Dataran Merdeka telah meninggalkan hampir 20 tan sampah, mengundang kritikan keras Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Namun, angka sampah ini turut menimbulkan kontroversi apabila rakyat mempertikaikan kesahihan anggaran jumlah peserta. Pada 26 Julai lalu, kira-kira 18,000 peserta telah menghadiri […]