Kg Sungai Baru: Apa Selepas DIKOSONGKAN?, Kerajaan Kekal Tegas, Penduduk Sedia Runding

KUALA LUMPUR, 13/09/2025 Selepas operasi pengosongan yang berlangsung di Kampung Sungai Baru, kerajaan menegaskan bahawa tindakan tersebut sah di sisi undang-undang kerana ia dilaksanakan berasaskan perintah mahkamah, sementara penduduk yang terjejas pula menyatakan kesediaan untuk membuka meja rundingan segera dengan pihak berkuasa. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata […]
Video Tular di KLCC: Pengawal Keselamatan KLCC Sekat Himpunan Anti Israel. BDS Gesa KLCC Mohon Maaf

KUALA LUMPUR, 10/09/2025 Pertubuhan Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia mengecam tindakan pengawal keselamatan Suria KLCC selepas beberapa peserta solidariti Palestin dihalang memasuki pusat beli-belah berkenaan, dengan bekas Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang (Tian Chua) didakwa dilayan kasar ketika cuba menenangkan keadaan. BDS Malaysia menuntut permohonan maaf terbuka dan penjelasan dasar kemasukan pengunjung yang […]
Undang-Undang Kredit Pengguna 2025: BNPL, Leasing dan Kutipan Hutang Kini Di Bawah Pengawasan

IPOH, 06/09/2025 Undang-Undang Kredit Pengguna 2025 bakal digazetkan menjelang penghujung tahun ini selepas menerima kelulusan penuh di Dewan Negara melalui pembacaan ketiga yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying pada 4 September lalu. Langkah ini dilihat sebagai detik bersejarah kerana buat pertama kali, enam perkhidmatan kredit pengguna yang sebelum ini tidak dikawal selia […]
Malaysia Bukan Lagi Zon Selamat? Kajian Baharu Dedah Negara Terletak dalam Lingkaran Api Pasifik

SHAH ALAM, 05/09/2025 Gegaran tanah yang melanda Johor sejak Ogos lalu bukan lagi kebetulan. Kajian terkini ahli geologi mendedahkan bahawa Malaysia sebenarnya berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik, sekali gus menamatkan persepsi bahawa negara ini bebas daripada ancaman gempa bumi. Pakar Geostrategi, Profesor Dr Azmi Hassan menjelaskan, walaupun Malaysia tidak dikategorikan secara rasmi dalam peta […]
Lautan Putih 100,000 Rakyat Himpun di Dataran Merdeka: Solidariti Malaysia Bersama Gaza Gegar Dunia

KUALA LUMPUR, 24/08/2025 Dataran Merdeka malam tadi menyaksikan detik bersejarah apabila lebih 100,000 rakyat berhimpun dalam satu lautan putih sebagai tanda solidariti bersama Gaza. Perhimpunan kemuncak Karnival Sumud Nusantara yang berlangsung sejak 22 Ogos itu bukan sekadar acara biasa, sebaliknya mencatat simbol kemanusiaan terbesar yang pernah diadakan di Malaysia untuk Palestin. Lebih mengejutkan, ribuan hadirin […]
Tragedi Mengejutkan: Dua Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam Tempoh 24 Jam

KUALA LUMPUR, 21/08/2025 Sebuah tragedi yang mengejutkan berlaku di Taman Melati apabila dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) disahkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tempat tinggi di kondominium sama dalam tempoh hanya 24 jam. Insiden pertama berlaku sekitar jam 6.45 pagi pada 20/08/2025, yang melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 22 […]
MRANTI Supercharger Series 2025 Kembali Pacu Perjalanan R&D ke Komersialisasi

KUALA LUMPUR, 19/8/2025 Siri MRANTI Supercharger, inisiatif utama oleh Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI), kembali tahun ini dengan misi mempercepatkan perjalanan daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada komersialisasi. Sebagai pemangkin dalam ekosistem inovasi negara, program ini menghubungkan penyelidik, syarikat pemula (startup) dan pemain industri bagi menterjemahkan idea menjadi solusi bersedia pasaran. Selepas […]
Ujian Penerbangan Roket Metana LandSpace Gagal – Siasatan Punca Insiden Dilancarkan

BEIJING, 18/08/2025 Syarikat pemula (start-up) aeroangkasa komersial China, LandSpace Technology, mengesahkan salah satu roket bahan api metana yang dibangunkan syarikat itu mengalami kegagalan ketika ujian penerbangan pagi ini selepas pembawa roket berkenaan menghadapi “anomali” sejurus selepas pelancaran. Dalam kenyataan yang dikeluarkan di platform WeChat, LandSpace memaklumkan bahawa pasukan teknikal sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti […]
Amaran Penipuan ‘Phishing’ Terbaru di Facebook – Pengguna Diseru Berwaspada Elak Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR, 18/08/2025 Satu lagi taktik penipuan siber dikesan di Facebook melibatkan mesej palsu kononnya akaun pengguna melanggar polisi platform tersebut dan akan disekat, dipercayai bertujuan mencuri maklumat peribadi serta kata laluan. Insiden ini dilaporkan berlaku kepada seorang pengguna yang menerima mesej dalam Facebook Inbox daripada akaun bernama Christian Stein, lengkap dengan logo Facebook bagi […]
Himpunan Solidiriti Kuala Lumpur: Ratusan Hadir untuk Solidiriti Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, Allahyarham Zara Qairini Mahathir dan Mendiang Tavanes Vary A/P Mohan.

KUALA LUMPUR, 17/08/2025 Suasana pilu menyelubungi pekarangan pusat beli-belah Sogo malam ini apabila ratusan warga kota tanpa mengira latar belakang berhimpun dalam solidariti untuk menuntut keadilan atas kematian tragis pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya bulan lalu. Himpunan yang bermula pada jam 8 malam itu dianjurkan oleh […]