125 Pesawat, 14 Bom Pemusnah Bunker, Serta Peluru Berpandu Tomahawak Membanjiri Iran

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025. Ketegangan selama hampir dua minggu antara Iran dan Israel dilaporkan semakin reda selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan kejayaan memeterai gencatan senjata mengejut yang dijangka menamatkan konflik 12 hari paling berdarah di rantau Timur Tengah dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pengumuman tersebut hadir selepas rundingan tertutup antara Washington, Tel […]
Peningkatan Serangan Lanun di Selat Melaka dan Singapura Cetus Kebimbangan Serantau – ReCAAP Laporkan 72 Insiden Sehingga Jun 2025

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2025. Peningkatan mendadak insiden rompakan bersenjata di perairan Selat Melaka dan Singapura (SOMS) tahun ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap keselamatan laluan perdagangan maritim Asia Tenggara dan kestabilan rantaian bekalan serantau. Menurut laporan terkini ReCAAP Information Sharing Centre, sebanyak 72 insiden lanun dan rompakan bersenjata telah dicatatkan di SOMS dalam tempoh enam […]
Insiden Tembakan di Kuala Lumpur Bukan Serangan Rawak

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan awam di ibu negara masih terkawal, meskipun dua insiden tembakan berlaku secara berasingan di Kuala Lumpur dalam tempoh kurang seminggu. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kedua-dua kes berkenaan dikenal pasti sebagai serangan bersasar yang berpunca daripada pertikaian antara suspek […]
Pegawai Awam Dilarang Buat Kenyataan Awam Tanpa Kebenaran – JPA Tegas Tindakan Tatatertib Termasuk Buang Kerja

PUTRAJAYA, 21 Jun 2025. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini mengeluarkan surat edaran rasmi melarang semua pegawai awam daripada membuat sebarang kenyataan awam, sama ada secara lisan, bertulis atau melalui media sosial, yang boleh menjejaskan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan. Larangan itu dinyatakan melalui surat edaran bertarikh 19 Jun 2025 yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah […]
MAIS: Mahkamah Persekutuan Mencampuri Urusan Pembuatan dan Pemakaian Fatwa Yang Berkaitan Dengan Persoalan Hukum Syarak.

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025. Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan pemakaian fatwa tahun 2014 terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) telah mencetuskan reaksi balas daripada DYMM Sultan Selangor dan pihak berkuasa agama, sekali gus membuka perbincangan lebih luas tentang sempadan kuasa institusi agama dan sivil dalam konteks perundangan negara. Dalam keputusan majoriti 3-1, panel yang […]
Mahkamah Persekutuan Batalkan Fatwa 2014 terhadap Sisters in Islam, Sultan Selangor Seru Nama Islam Tidak Disalahguna

PUTRAJAYA, 20 Jun 2025. Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk membatalkan fatwa kontroversi tahun 2014 terhadap kumpulan hak wanita Sisters in Islam (SIS) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor, sekaligus mencetuskan reaksi lanjut daripada pihak istana negeri itu berhubung penggunaan istilah “Islam” dalam nama pertubuhan terbabit. Dalam keputusan majoriti yang diketuai oleh Ketua Hakim […]
Selain Perkhidmatan Kecantikan dan Estetik, Perkhidmatan Pembinaan Antara Perkhidmatan Baharu Dikenakan Cukan Perkhidmatan dalam Semakan Cukai Baharu SST

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2025. Kerajaan Malaysia menjangkakan kutipan cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax, SST) akan meningkat sebanyak RM5 bilion pada tahun 2025 dan seterusnya RM10 bilion pada tahun 2026, susulan pelaksanaan semakan kadar dan peluasan skop SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025. Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan […]
Jangkitan HIV Di Malaysia Terus Meningkat Di Kalangan Belia Berumur 20 Hingga 29 Tahun

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025. Malaysia kini berdepan trend peningkatan jangkitan HIV yang membimbangkan, dengan hubungan seksual berisiko menjadi punca utama penularan virus tersebut, khususnya dalam kalangan belia berumur 20 hingga 29 tahun. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis AIDS Malaysia (MAC) mendedahkan bahawa 95% daripada 3,220 kes baharu pada tahun 2023 berpunca daripada […]
ASEAN: Deklarasi Kuala Lumpur 2045 Tetapkan Hala Tuju Strategik ASEAN

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2025. Semua pemimpin 10 negara anggota ASEAN termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menandatangani Deklarasi Kuala Lumpur ASEAN 2045: Masa Depan Bersama, iaitu visi strategik jangka panjang yang menjadi panduan pembangunan komuniti ASEAN untuk tempoh dua dekad akan datang. Deklarasi yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di Kuala […]
ASEAN: Anwar dan Li Qiang Sepakat Perkukuh Kerjasama Strategik Serantau Melalui Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2025 – Malaysia dan China memperkukuh tekad untuk memperluas kerjasama strategik melalui Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang bakal berlangsung esok, sebagai sebahagian daripada inisiatif mempererat hubungan serantau dan global. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Premier China, Li Qiang, bersetuju untuk memperhebat kerjasama dalam pelbagai bidang utama termasuk ekonomi, industri […]