Salah Papar Jalur Gemilang dan Pin Tercucuk Badan: KPM Perlu Lebih Prihatin

KUALA LUMPUR, 25 April 2025 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memohon maaf secara terbuka atas kesilapan memaparkan Jalur Gemilang yang tidak tepat dalam laporan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di tengah-tengah kontroversi berterusan melibatkan imej bendera negara. Dalam satu kenyataan rasmi, KPM mengakui kelalaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Jalur Gemilang […]

Intel Umumkan Pemotongan 20% Tenaga Kerja: Simbol Krisis Besar Industri Teknologi?

KUALA LUMPUR, 24 April 2025. Gergasi semikonduktor global, Intel Corporation, dilaporkan akan melaksanakan satu lagi pusingan besar pemotongan tenaga kerja dan kali ini membabitkan lebih 21,000 pekerja, atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan stafnya. Langkah ini dijangka diumumkan secara rasmi minggu ini dan menandakan rombakan terbesar dalam sejarah syarikat itu. Langkah ini muncul kurang setahun […]

KTMB Tegas Kekalkan Nama ‘Keretapi Tanah Melayu’, Warisan yang Tak Terganti

KUALA LUMPUR, 24 April 2025 – Syarikat pengendali keretapi negara, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), menolak cadangan penukaran nama kepada versi yang lebih “moden” dan menegaskan bahawa identiti warisan tidak harus dikorbankan atas nama pemodenan. Cadangan penukaran nama itu dibuat oleh bekas Editor sukan Malay Mail Johnson Fernendez yang berpendapat nama Keretapi Tanah Melayu tidak […]

Penduduk Shah Alam Diingatkan Waspada, PPS Dibuka Susulan Banjir Kilat

  SHAH ALAM, 24 April 2025 (Khamis) – Hujan lebat berterusan sejak awal pagi semalm telah menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat, memaksa pihak berkuasa membuka pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa yang terkesan. Seksyen 13, Seksyen 7, dan Taman Sri Muda sekali lagi menjadi kawasan panas apabila air naik dengan […]

15 Pertubuhan Perubatan Tolak Dasar Paparan Harga Ubat

KUALA LUMPUR, 22 April 2025. Sebanyak 15 pertubuhan, termasuk gabungan utama persatuan perubatan swasta, tampil menolak cadangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mewajibkan paparan harga ubat-ubatan di klinik swasta, sambil memberi amaran bahawa langkah ini berpotensi mengubah profesion perubatan menjadi sektor perdagangan dan melemahkan hubungan etika antara doktor dan pesakit. […]

SIARAN MEDIA – PRODUK MARSHMALLOW MENGANDUNGI BABI TAPI BERLEBEL HALAL

KUALA LUMPUR, 23 April 2025. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan arahan rasmi agar produk makanan dari Indonesia yang disahkan halal tetapi dikesan mengandungi DNA babi ditarik semula daripada pasaran Malaysia. Arahan ini menyusul selepas pengumuman daripada Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia semalam, yang mendedahkan […]

Pemuda Dipukul Beramai-ramai di Pasir Gudang: Lapan Suspek Ditahan, Termasuk Seorang Wanita

PASIR GUDANG, 23 April 2025. Insiden serangan kejam terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun di sebuah pangsapuri di Plentong Baru, Masai telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila rakaman video kejadian itu tular di media sosial sejak hujung minggu lalu. Rakaman selama 35 saat yang dimuat naik di Facebook dan X memperlihatkan mangsa dipegang dan dipukul […]

BYD Yangwang U8 Direkabentuk untuk Menyeberangi Sungai dengan Mod Terapung Kecemasan, Dijangka Akan Memasuki Pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2025. BYD Yangwang U8 direkabentuk dengan keupayaan untuk memandu ke dalam sungai. Kenderaan inovatif ini dilengkapi dengan “mod terapung kecemasan” yang membolehkannya terapung dan bergerak ke hadapan pada kelajuan terhad, seperti sebuah bot. Kenderaan ini mampu terapung selama 30 minit dan bergerak pada kelajuan 3 km/j. U8 juga boleh melakukan putaran […]

Ketua Polis Positif Dadah Di Pusat Hiburan, Polis Kuala Lumpur Tumpaskan Dua Sindiket Dadah Bernilai Hampir RM500,000

KUALA LUMPUR, 22 April 2025. Seorang Ketua Polis Balai (KPB) yang didapati positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, kini berdepan tindakan tatatertib dan telah ditukarkan serta-merta ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang. Tindakan tegas ini diumumkan hanya beberapa hari selepas polis Kuala Lumpur berjaya […]