Kerajaan Perhalusi Cadangan Denda RM100,000 Untuk Kes Curi Kabel Rel

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2026 Kerajaan sedang memuktamadkan pindaan undang-undang bagi memperketat tindakan terhadap kesalahan pencerobohan, vandalisme dan kecurian kabel yang melibatkan aset kereta api negara, termasuk cadangan meningkatkan hukuman sehingga denda RM100,000. Langkah tersebut diambil susulan peningkatan kes kecurian kabel rel yang menjejaskan operasi pengangkutan awam, mengganggu sistem isyarat serta menyebabkan kerugian yang dianggarkan […]
PM Anwar: Keengganan Berubah dan Budaya Rasuah Halang Reformasi Negara

NILAI, 4 Ogos 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa cabaran terbesar dalam melaksanakan reformasi negara bukan berpunca daripada kekurangan teknologi atau kepakaran, sebaliknya daripada keengganan segelintir pihak menerima perubahan termasuk mempertahankan budaya rasuah yang telah lama berakar dalam sistem. Beliau berkata pengalaman menerajui pentadbiran kerajaan selama lebih tiga tahun menunjukkan usaha memperbetulkan […]
Bangladesh Mohon Bantuan Malaysia dan PETRONAS Bekal LNG Tangani Krisis Bekalan Gas

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2026 Bangladesh memohon bantuan Malaysia, termasuk melalui kerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), bagi membekalkan gas asli cecair (LNG) untuk membantu menangani cabaran bekalan gas yang sedang dihadapi negara Asia Selatan itu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permintaan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman, ketika kedua-dua […]
Boikot Diteruskan, Tetapi Penyokong Setia Masih Bersama Harimau Malaya

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2026 Kehadiran penyokong setia Harimau Malaya pada aksi Kumpulan B ASEAN Cup 2026 membuktikan sokongan terhadap skuad kebangsaan masih kekal walaupun Ultras Malaya meneruskan kempen boikot mereka. Ketika Malaysia melayan Laos di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 28 Julai lalu, sebahagian penyokong tetap memenuhi stadium untuk memberikan sokongan kepada […]
Amerika Syarikat Kenakan Tarif 10 Peratus Ke Atas Malaysia Di Bawah Seksyen 301

KUALA LUMPUR, 3 Augast 2026 Malaysia dikenakan tarif import sebanyak 10 peratus oleh Amerika Syarikat di bawah tindakan Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 susulan siasatan Washington berhubung penguatkuasaan larangan terhadap import barangan yang dikaitkan dengan buruh paksa. Langkah itu diumumkan oleh Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) dan berkuat kuasa selepas tamatnya tarif sementara […]
BNM Mahu Sistem Penetapan Gaji Dikaji Semula, Pertumbuhan Upah Masih Ketinggalan Berbanding Produktiviti

KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2026 Bank Negara Malaysia (BNM) berpandangan bahawa sistem penetapan gaji negara perlu dikaji semula selepas mendapati pertumbuhan upah pekerja masih tidak bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti ekonomi. Timbalan Gabenor BNM, Datuk Marzunisham Omar berkata, meskipun produktiviti terus meningkat, pelarasan gaji minimum masih belum memberi kesan yang menyeluruh kepada struktur gaji pada […]
Malaysia Tegaskan Dasar Tidak Mengiktiraf Israel Selepas Duta Dipanggil Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, 2 Augast 2026 Malaysia menegaskan bahawa dasar negara yang tidak mengiktiraf Israel kekal tidak berubah selepas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dipanggil oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat bagi menjelaskan pendirian Putrajaya berhubung dasar tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram […]
Mesyuarat Menteri Luar ASEAN Ke-59 Tegaskan Kesatuan Serantau, Myanmar dan Keselamatan Maritim Jadi Fokus

MANILA, 1 Augast 2026 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN Ke-59 dan Mesyuarat Berkaitan di Manila mengulangi komitmen negara anggota untuk memperkukuh perpaduan ASEAN, meningkatkan kerjasama serantau serta menangani cabaran keselamatan dan ekonomi yang semakin kompleks. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar, keselamatan maritim, perdagangan serantau, keselamatan makanan dan tenaga serta […]
Wanita Didenda RM12,000 Kerana Hantaran Hina Islam Di X

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2026 Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap seorang pekerja sambilan dalam bidang kreatif selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik yang menghina Islam menerusi platform Twitter, yang kini dikenali sebagai X, pada 2023. Hakim Muhammad Ilmami Ahmad turut memerintahkan Yeo Li Yin, 48, […]
Malaysia dan Myanmar Setuju Hantar Pulang 5,000 Pelarian Rohingya, Kata Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 31 Julai 2026 Malaysia dan Myanmar mencapai persetujuan untuk menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya yang kini berada di Malaysia, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbincangan antara kedua-dua negara. Anwar berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab mengenal pasti dan menjalankan saringan terhadap individu yang terlibat, […]