Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik PERKESO Buka Lembaran Baharu Pemulihan Pesakit Cedera dan Strok

IPOH, 19 Jun 2026 Kemajuan sesebuah negara tidak seharusnya diukur hanya melalui pencapaian ekonomi, pembangunan infrastruktur atau bangunan pencakar langit, sebaliknya melalui keupayaan negara menjaga maruah manusia dan membantu golongan yang berdepan cabaran hidup paling sukar. Perkara itu ditegaskan oleh Sultan Perak, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin […]
SHJ Interia Catat Pemulihan Kukuh, Peroleh Keuntungan RM2.54 Juta dan Perluas Kedudukan dalam Rantaian Bekalan Automotif Nasional

RAWANG, 18 Jun 2028 Selepas beberapa tahun berdepan tekanan operasi dan cabaran industri automotif global, SHJ Interia Sdn Bhd kini menunjukkan tanda pemulihan yang semakin kukuh apabila merekodkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM2.54 juta bagi tempoh kewangan berakhir 31 Ogos 2024, berbanding kerugian RM2.74 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Prestasi tersebut hadir ketika syarikat […]
Rasuah Projek RM2.5 Juta: Pengarah dan Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Antara 13 Direman SPRM

KUALA LUMPUR, 17 Jun 2026 Siasatan besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan penyelewengan projek kerajaan memasuki fasa baharu apabila 13 individu, termasuk seorang pengarah dan bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di Perak, direman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta. Penahanan itu mendedahkan kewujudan sindiket yang dipercayai menggunakan rangkaian […]
HERO Yang Tidak Di Dendang dalam Usaha Hapuskan Caj RM1 Di Semua ATM

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 Bermula 1 Julai 2026, rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar caj RM1 setiap kali mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bank lain selepas industri perbankan negara bersetuju memansuhkan sepenuhnya fi pengeluaran tunai antara bank yang telah dikenakan selama bertahun-tahun. Keputusan itu membolehkan pemegang kad debit Malaysia mengakses lebih 14,000 mesin […]
Pembantu Rumah Dipukul Selepas Disyaki Mendera Kanak-Kanak, Polis Johor Siasat Video Tular

JOHOR BAHRU, 14 Jun 2026 Polis Johor sedang menjalankan siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan seorang lelaki bertindak memukul seorang pembantu rumah wanita selepas wanita itu dipercayai dikesan melakukan penderaan terhadap anak lelakinya dalam satu kejadian di Johor Bahru. Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad, mengesahkan pihak berkuasa telah mengambil maklum mengenai rakaman yang […]
7 Daripada 10 Pekerja Malaysia Bergaji RM5,000 ke Bawah, Kos Sara Hidup Semakin Menekan

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2026 Di sebalik pertumbuhan ekonomi yang terus mencatat perkembangan positif, realiti yang dihadapi sebahagian besar rakyat Malaysia masih dibayangi tekanan kos sara hidup apabila lebih 70 peratus pekerja sektor formal negara memperoleh pendapatan bulanan RM5,000 dan ke bawah. Data terkini sehingga Disember 2025 menunjukkan sebanyak 70.2 peratus tenaga kerja formal […]
Wanita Bawa Bendera Israel Cetus Ketegangan di Jalan Binjai, Polis Pantau Situasi

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Suasana perhimpunan solidariti Palestin di Jalan Binjai, berhampiran Menara Binjai pada pagi Jumaat bertukar tegang apabila seorang wanita yang didakwa warga asing tampil mengibarkan bendera Israel di hadapan sekumpulan aktivis pro-Palestin, sekali gus mencetuskan reaksi marah daripada orang ramai yang berada di lokasi. Insiden yang berlaku sekitar jam 10.45 pagi […]
DBKL Peruntuk RM7.8 Juta Naik Taraf 60 Tandas Awam, Sasar Tingkat Imej Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2026 Sebanyak 97 daripada 168 tandas awam di ibu negara masih berada pada tahap penarafan di bawah tiga bintang, sekali gus mendorong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan RM7.8 juta bagi melaksanakan kerja naik taraf terhadap 60 kemudahan tersebut tahun ini. Langkah itu diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. […]
TMEH Bukti Syarikat Bumiputera Mampu Pimpin Transformasi Industri Automotif
RAWANG, 10 Jun 2026 Ketika Malaysia giat memperkukuh daya saing sektor pembuatan dan automotif menerusi penerapan teknologi baharu, sebuah syarikat Bumiputera yang bermula sebagai perniagaan kejuruteraan kecil lebih tiga dekad lalu kini muncul sebagai antara pemain industri tempatan yang berjaya membina reputasi sehingga ke peringkat antarabangsa. TMEH Group of Companies yang berpangkalan di Bandar Bukit […]
Pengguna Dakwa Kehilangan Kredit Lebih RM900 Selepas Nombor Ditamatkan, Rayu MCMC Siasat U Mobile

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2026 Seorang pengguna perkhidmatan telekomunikasi tampil mendapatkan bantuan portal berita Prezcom selepas mendakwa kehilangan baki kredit melebihi RM900 apabila nombor telefon miliknya ditamatkan oleh syarikat telekomunikasi U Mobile tanpa pengetahuan beliau. Pengadu, yang tidak mahu namanya di siarkan hanya memberikan No Telefonnya supaya pihak UMobile boleh merujuk kes ini berkata beliau […]