
Kuala Lumpur, 16 Jan 2025, 9.00 malam – Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kemungkinan lebih ramai lagi pegawai bank yang terbabit di dalam melakukan pengubahan wang haram dengan sebuah organisasi kewangan yang disyaki sindiket akan di tangkap tidak lama lagi.
SPRM kini, dalam fasa meneliti dan memantau individu yang terlibat di dalam organisasi tersebut dan kini sedang membuat pencarian terhadap dalang utama selepas 12 individu ditahan dipercayai berkerjasama dengan sindiket berkenaan.
Siasatan kini makin giat dijalankan dan pihak SPRM mendapati sindiket tersebut membantu membuat permohonan pinjaman untuk pihak lain dari pelbagai bank dan mengambil komisen setelah pinjaman tersebut diluluskan.
Di dalam operasi yang dijalankan oleh sindiket itu, mereka akan mengambil komisyen sebanyak satu peratus dari jumlah pinjaman yang diluluskan dan kemudian akan membahagikan komisyen tersebut kepada ahli kumpulan termasuk pegawai bank yang mengendalikan pinjaman berkenaan.
Di dalam Ops Sky yang dijalankan SPRM menahan dua pengarah syarikat perunding kewangan, seorang pengarah yayasan, seorang pengurus serta seorang bekas pengurus jualan institusi perbankan.
Menurut laporan, ramai mangsa yang terdiri dari penjawat awam menjadi mangsa kepada kegiatan penipuan ini dimana sindiket tersebut menjalankan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram.
Lebih mengejutkan lagi adalah, kegiatan bersubahat dengan sindiket ini terdiri daripada pegawai bank beberapa institusi kewangan negara. Lebih 4000 penjawat awam terpedaya dengan sindiket ini apabila ada ahli kumpulan sindiket berjaya menempatkan diri dikalangan penjawat awam di kementerian dan jabatan diseluruh negara.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: