
Kuala Lumpur, 16 Jan 2025, 3.00 petang -MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, beliau berkehendakkan semua penyedia platform media sosial yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna di negara ini supaya berdaftar dengan segera kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) jika tidak pengendali perkhidmatan media sosial akan berdepan tindakan didenda atau hukuman yang seumpamanya mengikut perundangan.
Banyak kebaikan apabila pengendali perkhidmatan didaftarkan kerana ini dapat menjadikan internet sebagai platform yang selamat terutama untuk kanak-kanak supaya tidak terjebat dengan buli siber dan ancaman yang membahayakan kehidupan mereka.
Berbagai jenayah mulai dikesan sejak kebelakangan ini terutama oleh scammer yang sering berjaya menipu para pelayar di media sosial dengan menggunakan berbagai cara. Selain itu, kelebihan mendaftar adalah, mampu mengurangkan penyebaran kandungan berbahaya seperti berita palsu, pornografi dan keganasan yang mampu merosakkan minda masyarakat.
Kerajaan juga dilihat menawarkan beberapa perkara iaitu, keselamatan pengguna akan terjamin apabila pihak berkuasa mengenal pasti jenis kandungan yang diterbitkan di media sosial.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: