
Kuala Lumpur, 13 Mei 2023 01.30pm. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi lima badan berkanun (LKIM, LPP, FAMA, MARDI, LPNM) di bawah kementerian itu akan berkuat kuasa pada 15 Mei 2023 ini. Mengulas lanjut berkenaan isu pelantikan ini Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pelantikan itu telah dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Mohamad Sabu juga menambah, katanya “Banyak yang kalah dalam PRU jadi menteri sekarang,”
Mereka yang dilantik adalah:
1. YB Tuan Muhammad Faiz bin Fadzil | Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir
2. YBhg. Datuk Wira Haji Mahfuz bin Omar | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Bekas Ahli Parlimen Pokok Sena
3. YBrs. Tuan Haji Aminuddin bin Zulkipli | Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
4. YBrs. Dr. Azman bin Ismail | Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
5. YBrs. Tuan Sheikh Umar Bagharid bin Ali | Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM)
Terbaru selain Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim yang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) juga dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.
Sementara itu lantikan ini terus mendapat kritikan dari Ketua Pemuda UMNO, Dr Muahmad Akmal Saleh yang berpendapat tindakan itu bertentangan dengan pendirian reformasi yang diperjuangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dr. Muhamad Akaml Saleh juga menegaskan bahawa lantikan itu perlu diteliti semula dan ditarik balik. Dr. Akmal juga menambah, katanya; “Saya risau rakyat mula benci, muak dan mereka tak mahu lagi ambil tahul hal politik negara.”
Berita Berkaitan
Habuan Politik: Lantikan Politik dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan
Habuan Politik 3: Ramai Kroni Yang Terus Meraih Elaun Hasil Lantikan Politik
Abdul Azeez Rahim di Lantik Sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Yang Baharu
DAP Akan Membarisi EXCO Kerajaan Negeri Melaka
#PrezCom