
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Ab Rauf Yusoh yang baru semalam menyempurnakan Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Dewan Seri Utama, di pejabat TYT Negeri Melaka hari ini menegaskan bahawa Kerajaan baharu Negeri Melaka adalah sebuah Kerajaan Negeri yang kukuh dan stabil dan ianya adalah Kerajaan Perpaduan (unity government) yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka. Ab Rauf Yusoh juga mengambil tanggungjawab untuk memastikan barisan EXCO yang akan dibentuk adalah lebih inkulsif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan dan ini bermakna barisan EXCO yang baharu akan turut membariskan ADUN daripada AMANAH dan DAP.
Mantan Ketua Menteri Melaka yang lepas, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dalam komen ringkasnya pula menyeru rakyat Melaka untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama terbaik kepada kepimpinan kerajaan negeri yang baharu sama seperti diterimanya selama ini serta mengucapkan terima kasih kepada rakyat negeri itu atas kerjasama sebelum ini
Sementera itu Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub pula menegaskan bahawa pihaknya (PN) akan terus membantu dan memperjuangkan nasib rakyat biar siapa pun yang memerintah negeri itu.
#PrezCom