Pada 14 Disember 2022, Jemaah Menteri kerajaan Perpaduan (PH-BN) telah memutuskan bahawa pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan mereka. Hari ini tular di media sosial dengan kritikan yang dibuat berkaitan isu lantikan politik bagi mengetuai agensi kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Minggu ini sahaja beberapa kritikan tular apabila beberapa siri lantikan politik dibuat dibeberapa organisasi dan antaranya seperti di bawah:

  1. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA):Dato Dr. Asyrat Wajdi Dato Dusuki (Setiausaha Agung UMNO)
  2. Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA): Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Ketua Wanita UMNO / Ahli Parlimen Parit Sulung)
  3. Pengerusi FELCRA Berhad: Ahmad Jazlan Yaakub. (Pengerusi UMNO Kelantan)
  4. Pengerusi Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM): Noor Amin Ahmad (PH-Ahli Parlimen Kangar)
  5. Pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd:Datuk Muhamad Bakhtiar Wan Cik (PH-Ahli Parlimen Balik Pulau).
  6. Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM): Ahmad Sabki Yusof (Amanah)
  7. Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB): Datuk Husam bin Musa (Amanah-Pasir Mas)

KRITIKAN
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) juga membidas isu lantikan politik ini yang disifatkan sebagai tidak selari dengan keputusan sebelum ini dan tindakan berkenaan merugikan pengundi. Pengerusinya, Thomas Fann berkata, katanya: “masa dan perhatian mereka (wakil rakyat) akan terbahagi diantara tugas parlimen dan korporat mereka, mereka sepatutnya dilarang daripada memegang jawatan dilam GLC. Dalam senario terburuk, dana boleh dialihkan secara rasuah untuk kepentingan peribadi”

ULASAN
Bagi mengulas itu ini Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke telah mengeluarkan kenyataan didalam sidang media selepas melancarkan Konvensyen DAP Selangor semalam yang menjelaskan bahawa pengtkritik tidak seharusnya keliru antara syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan pengawal selia. Anthony Loke berkata, “Lantikan politik hanya ditegah jika ia membabitkan perjawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khususnya yang tersenarai di Bursa Malaysia, sementara lantikan politik didalam badan-badan berkanon diberi kelonggaran oleh Kerajaan Perpaduan.”

Sementara itu YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi didalam mengulas isu berkenaan di sidang media di Butterworth semalam menjelaskan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan melantik individu yang tidak berupaya memberi sumbangan kepada organisasi atau agensi kerajaan yang diketuainya. Beliau juga menegaskan supaya lantikan itu perlu dilihat dari segi latar belakang dan juga kelulusan serta pengalaman seseorang yang dilantik.

Terdahulu sebelum ini juta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi didalam sidang media sewaktu memperkenalkan calon-calon yang bertanding semperna Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 di Pahang pernah memberitahu media bahawa semua lantikan ahli atau professional kedalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah dibawah pengetahuan dan tapisan Sekretariat Kerajaan Perpaduan ini bermakna pihak sekretariat akan terlebih dahulu memperincikan latar belakang individu sebelum di muktamadkan dan tujuannya hanya satu iaitu bagi memastikan individu yang dilantik mempunyai pengalaman dan latar belakang yang mampu menguatkan kerajaan negeri dan persekutuan.

PENDAPAT LAIN
Meninjau pendapat lain, Penganalisa Politik, Prof Madya Dr. Sara Chinnasamy (UiTM) berkata “sebelum ini Kerajaan Perpaduan mengambil keputusan untuk menamatkan jawatan lantikan politik pengerusi dan ahli lembaga pengarah tetapi kini lantikan politik di teruskan, kelangsungan konsistensi itu memang tiada. Apapun justifikasi yang mereka berikan kepada rakyat akan sukar diterima dan sudah pastinya memberikan persepsi kekeliruan kepada semua pihak.”

Seorang lagi penganalisa politik, Profesor Wong Chin Huat memberi pandangan bahawa perlintikan politik untuk mengisi jawatan tinggi di badan berkanun dan GLC akan menimbulkan dua masalah utama iaitu (i) sekiranya lantikan yang dibuat tidak berupaya menjalankan tugasnya maka perlantikan itu bermaksud mengorbankan kepentingan awam bagi menyaji orang parti pemerintah dan secara tidak langsung menafikan hak dan peluang kepada badan-badan berkanun tersebut untuk mendapat bakat yang terbaik. dan (ii) katanya sekiranya yang dilantik itu ialah wakil rakyat, sekalipun mereka berkeupayaan maka akan terjadi percanggahan kepentingan kerana mereka seharusnya menyelia pantau di Dewan Rakyat tetapi kini duduk didalam pihak yang patut diselia pantau.

#PrezCom