Kuala Lumpur, 10 Mar 2025, 12.00 tengahari – SUSULAN serangan bersenjata dan letupan bom hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok pada Sabtu lalu, Kementerian Luar Negeri ( KLN ) menasihati rakyat Malaysia supaya membatalkan hasrat untuk berkunjung dan melancong ke tiga wilayah di Thailand iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani kerana bimbang akan keadaan disana yang dianggap tidak selamat untuk dikunjungi buat masa ini.
Menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, KLN sedang mengikuti rapat perkembangan dan keselamatan di negara jiran tersebut serta menasihati semua warga negara Malaysia yang berada di sana supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada serta mendaftarkan dan memaklumkan keberadaan diri dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui butiran yang tertera iaitu :
KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA
Alamat: No. 4, Sukhum Road Muang District Songkhla Province Thailand
Nombor telefon: +6674 311 062 / +6674 316 274 +6693 657 0707 (kecemasan sahaja)
E-mel: mwsongkhla@kln.gov.my
Ekoran dari serangan yang berlaku kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah selatan Thailand itu selepas waktu berbuka puasa, semua pelancong dan orang ramai terutama umat Islam dinasihat supaya berjaga-jaga dan elakkan diri dari berada di luar rumah sekiranya tiada urusan penting.
Sebelum ini, media melaporkan dua sukarelawan polis dilapor maut, manakala lapan lagi cedera dalam kejadian serangan bersenjata dan letupan bom di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok pada Sabtu.
Menerusi laporan oleh Astro Awani pada 23 Feb 2025, Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala. Kejadian yang berlaku pada 8.20 malam waktu tempatan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan bersenjata yang sedang dijejaki pihak berkuasa.
Insiden tersebut berlaku sebelum lawatan kerja bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, ke wilayah selatan Thailand dalam misi mencari jalan perdamaian kepada persengketaan yang telah berlarutan sekian lama.
Sumber Oleh Bernama.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Terdapat Penghuni PPR Yang Mahu Tinggal Secara Percuma Dan Tidak Mahu Membayar Sewa Bulanan.