
Kuala Lumpur, 8 Mar 2025, 3.00 petang – SEORANG YouTuber kewangan terkenal dari Singapura, Mr, Loo atau lebih dikenali sebagai ‘1M65’, berpendapat dividen KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang dicarumkan oleh rakyat Malaysia lebih menguntungkan berbanding CPF (Central Provident Fund) iaitu sistem simpanan keselamatan wajib untuk perkerja warga Singapura. Beliau berpendapat bahawa rakyat Malaysia lebih beruntung dengan adanya KWSP sebagai simpanan hari tua rakyat Malaysia selepas persaraan kerana KWSP menawarkan pulangan yang lebih tinggi berbanding CPF. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana KWSP boleh dianggap sebagai lombong emas yang menguntungkan masa depan para pesara tetapi ia sering dipandang rendah oleh rakyat Malaysia sendiri.
Menurut Mr Loo, Setiap rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran bahawa mereka kini sedang berada di atas lombong emas yang amat bernilai dan menasihatkan supaya rakyat Malaysia memberi perhatian kepada pelaburan kerana ia lebih menguntungkan berbanding berbelanja untuk memberi barangan mewah yang pada akhirnya tidak mendatang apa apa faedah kepada masa depan. Beliau menambah lagi tumpuan perlu diberi kepada pelaburan keselamatan kewangan jangka panjang dan mempelbagaikan pelaburan seperti melabur dalam ekuiti global, terutamanya saham AS, untuk melindungi kekayaan mereka daripada turun naik ekonomi.
Seterusnya beliau berkata, dengan kesan pengkompaunan, simpanan persaraan anda boleh berkembang dengan signifikan dalam jangka masa panjang.” Jadikan wang simpanan pekerja sebagai alat membina kekayaan. Salah satu dana kekayaan Singapura adalah mempelbagaikan pelaburan mereka di peringkat global. Rakyat Malaysia juga perlu berbuat demikian,” katanya.
Sumber Oleh Berita Harian
#Prezcom
Lebih Banyak Berita:
Isu Terkini. Minyak Masak Botol Pula Kurang Di Pasaran. Penguatkuasa Lemah Atau Kerja Kartel?