Isu Terkini. Minyak Masak Botol Pula Hilang Di Pasaran??
Belum habis lagi cerita mengenai minyak masak paket yang hilang, kini timbul pula cerita minyak masak yang dibotolkan hilang dipasaran juga.

Kuala Lumpur, 6 Mar 2025, 2.00 petang – SEMAKIN hari keadaan barang asas dipasaran semakin membimbangkan pengguna. Belum habis kisah minyak masak paket yang sekian lama hilang, kini timbul pula cerita mengenai kehilangan minyak masak yang dibotolkan hilang dipasaran?? Bagaimana untuk orang ramai tafsirkan mengenai keadaan ini? Penguatkuasa lemah atau ini semua kerja kartel??

Apa sebenarnya yang berlaku terhadap barangan keperluan asas negara yang didapati semakin berkurangan atau hilang terus dari pandangan pengguna negara kita. Jika ada pun ianya menjadi mahal dan hanya terdapat dipremis tertentu serta tidak lagi kelihatan dipasar raya biasa tempat para pengguna biasa berbelanja.

Seorang pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry di Johor Baharu iaitu Mas Imran Adam, mendapati penduduk disekitar bandar raya tersebut kini mengalami kesukaran bagi mendapatkan bekalan minyak masak botol pula setelah sekian lama berdepan dengan masalah ketiadaan minyak masak peket.

Ketiadaan minyak masak yang dibotolkan dipasaran lebih menambahkan kerumitan kepada orang ramai dan peniaga terutama dibulan Ramadan dan menjelang hari raya puasa akan datang. Isu mengenai kekurangan minyak masak botol ini bukan sahaja dialami pada waktu ini, malah ia telah berlaku sejak akhir tahun 2024.

Menurut para pengguna dan pengurus pasar raya, masalah ini timbul apabila kenaikan harga barang secara menyeluruh berlaku di Malaysia. Menurutnya lagi. Pasar raya hanya menerima sekitar 25% dari jumlah tempahan atau pesanan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Lee Ting Han berkata, pihaknya belum menerima aduan rasmi berkaitan isu berkenaan. Namun beliau berkata perkara ini akan terus dipantau dan tindakan akan diambil sekiranya isu ini benar-benar berlaku.

Rata-rata orang ramai membuat rungutan dengan apa yang berlaku dipasaran Malaysia waktu ini. Berbagai persoalan timbul mengapa di zaman ini berbagai kesulitan terpaksa ditempuhi yang membuatkan rakyat menjadi resah dan gelisah. Bilakah perkara ini akan menemui nokhtah?

Mula-mula minyak masak peket. Kini minyak masak yang dibotolkan pula tidak terdapat dirak barangan dipasar raya dan kedai runcit. Selepas ini barangan asas apa pula yang akan hilang dipasaran???

Sumber dari Harian Metro

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jangan Laju Sangat Buat Andaian Mengenai Kes Ismail Sabri. SPRM Tak Habis Siasat Lagi.