Kuala Lumpur, 4 Mar 2025, 4.00 petang – KENAPA asyik pemimpin Umno saja yang kena?? Jahat sangatkah semua bekas pemimpin Umno ini?? Bukan itu sahaja, perdana menteri sekarang juga pernah dituduh pada tahun 1998 sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana dituduh memiliki 20 akaun luar negara yang berjumlah kira-kira 3 billion. Tetapi yang menjadi tanda tanya ia tidak pernah dijadikan kes rasmi atau ditahan dan didakwa di mahkamah. Jadi untuk Kes Datuk Ismail Sabri ini lebih baik serahkan kepada SPRM untuk habiskan siasatan.

Isu yang melibatkan penemuan wang sejumlah RM170 juta dan jongkong emas disebuah “safehouse” kini menjadi topik paling hangat di negara kita yang mungkin juga dibincangkan diluar negara oleh penganalisis politik mereka dan sudah tentu perkara ini akan dianggap rasuah dan salah guna kuasa oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-9 iaitu Datuk Seri Ismail Sabri.

Ini bukanlah kes pertama yang melibatkan bekas perdana menteri Malaysia yang disiasat disebabkan penemuan sejumlah besar wang dan harta benda di dalam sebuah tempat atau rumah penyimpanan. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak juga menghadapi tuduhan yang sama apabila dituduh menyimpan dan sorok duit dana SRC dan Imdb yang bernilai RM114 juta dan juga dituduh menggunakan wang tersebut untuk diberbelanjakan oleh isteri Datuk Seri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansur untuk membeli barangan mewah miliknya.

Di dalam kes yang melibatkan dana yang ditemui di rumah Datuk Seri Najib itu, mahkamah telah membebaskan beliau dari tuduhan memiliki wang tersebut sebagai wang persendirian setelah UMNO mengakui bahawa wang tersebut merupakan dana politik. Bukan sahaja Datuk Seri Najib yang dituduh, malah kebanyakkannya bekas pemimpin Umno menghadapi perkara yang serupa.

Kini giliran bekas perdana menteri ke-9 pula disiasat apabila satu penemuan sejumlah besar wang ringgit dan jongkong emas dijumpai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) di safehouse yang tidak diketahui lagi milik siapa.

Sebaiknya beri ruang kepada SPRM untuk menghabiskan siasatan. Jangan buat sebarang andaian yang mampu mengelirukan hasil siasatan. Kita tidak tahu lagi adakah wang dan jongkong emas itu milik Datuk Seri Ismail Sabri atau milik pihak lain.??? Dari apa yang dikomen oleh netizen di dalam semua platform media sosial, ramai yang mengutuk dan mendakwa bahawa semua barangan itu adalah milik Ismail Sabri.

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Minyak Masak Paket Dan Beras Tempatan Yang Berkualiti Masih Hilang Di Pasaran. Kerajaan Tak Cari Ke?