Kuala Lumpur, 3 Mar 2025, 3.00 petang – SEBAIKNYA Kerajaan hari ini jangan melenting sekiranya rakyat masih lagi bising disebabkan makanan asas yang penting dan berkualiti seperti beras tempatan dan minyak masak paket yang murah masih lagi tidak dapat dicari dipasaran. Kini bulan Ramadan telah tiba, para peniaga amat memerlukan barangan asas yang murah dan berkualiti untuk berniaga tetapi bekalan barang keperluan yang penting tidak dapat dicari sedangkan harga makanan terpaksa dijual murah memandangkan keadaan ekonomi negara yang tidak berada di dalam keadaan yang baik harga serta barangan asas yang lain juga melambung naik. Pasaran telur dan terbaru adalah kelapa juga turut berkurangan dipasaran dan jika ada pun ianya mahal untuk dibeli. Kenaikan gaji minima sebenarnya tidak menjamin untuk membantu kehidupan agar lebih selesa disebabkan harga barangan yang tinggi. Persoalannya sekarang adakah kerajaan gagal mencari dimana hilangnya minyak masak paket dan beras tempatan yang berkualiti dipasaran???
Semakin hari semakin panas dengan isu beras putih tempatan yang dikatakan dijual dengan harga RM26 bagi setiap 10 kilogram sekampit tidak dijumpai di pasar raya biasa dan di kedai runcit. Rak tempat meletak beras dan minyak masak sentiasa kosong dan tidak nampak kelibat beras putih tempatan yang dikatakan berharga RM26 sekampit. Bukankah baru-baru ini pihak berkuasa memberi jaminan bahawa bekalan mencukupi?? Terdapat dakwaan yang mengatakan beras ini mudah didapati di restoran dan premis tertentu berbanding di rak pasar raya untuk pengguna biasa?? Jika benar bagaimana restoran dan premis tersebut dengan mudah memperolehi bekalan beras itu?? Siapa yang menjualnya kepada mereka?? Mengapa pengguna biasa tidak jumpa beras berkualiti dan murah ?? Atau komplot sorok barang masih berleluasa di negara kita?? Apa tindakan kerajaan??
Minyak masak peket bersubsidi juga menjadi isu yang tidak ada kesudahan. Ramai yang mendakwa minyak paket amat mustahil untuk diperolehi sekarang. Minyak paket bersubsidi yang hanya dijual RM2.50 akan sentiasa menjadi pilihan rakyat dimana-mana pun. Disebabkan itu minyak masak di dalam botol tidak akan dibeli oleh pengguna kerana harganya lebih tinggi. Mungkin itu juga menjadi faktor mengapa minyak masak paket disorok demi untuk menjadikan minyak masak di dalam botol sebagai pilihan pembeli?? Terdapat juga dakwaan bahawa minyak masak bersubsidi ini dibeli dalam jumlah besar oleh pihak tertentu dan kemudian dijual semula dengan harga lebih tinggi. Mungkin juga perkara ini adalah perbuatan kartel?? Pihak berkuasa seharusnya berkerja keras untuk memantau perkara ini kerana ia boleh menyebabkan rakyat hilang terus kepercayaan terhadap kerajaan dan mampu membuat rakyat hilang sabar.
Rakyat yang berharap sepenuhnya kepada barangan bersubsidi terutama golongan B40 berasa amat kecewa dengan kegagalan pihak berkuasa di dalam menangani masalah ini. Sudah tentu mereka akan tertekan dengan kenaikan harga barang lain yang tidak terkawal dan kepercayaan rakyat terhadap sistem kawalan harga dan pengagihan subsidi akan terus terhakis. Adakah rakyat akan memberi sokongan kepada kerajaan yang memerintah sekiranya perkara ini terus berpanjangan tanpa henti malah bertambah rumit?? Bukannya rakyat meminta kemewahan dari kerajaan, hanya sekadar barangan keperluan asas dijaga agar pendapatan perbelanjaan harian dan harga barangan dipasaran seimbang dan tidak menyusahkan rakyat.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: