
Kuala Lumpur, 17 Jan 2025, 3.00 petang –PENDIDIKAN merupakan satu aset kehidupan yang sangat penting terhadap semua golongan masyarakat di didunia.Tetapi terdapat juga individu yang berjaya di dalam kehidupan walau tanpa sedikit pun kelayakkan atau sijil dengan hanya mempunyai kemahiran dan kerajinan serta cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Terdapat individu yang hanya memerlukan asas untuk membaca dan sedikit matematik untuk dijadikan landasan bagi memulakan sesuatu sebagai contoh untuk membuka perniagaan. Jika kita lihat kepada situasi terkini pekerjaan yang lebih di kejar oleh golongan muda adalah gaji lumayan yang tawarkan di Singapura di dalam berbagai bidang. Kadar gaji yang berlipat kali ganda tinggi berbanding Malaysia telah menyebabkan anak -anak muda Malaysia lebih rela tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berhijrah ke negara Seberang Tambak Johor itu untuk mencari kemewahan pendapatan.
Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin, pendidikan bukan sahaja untuk memudahkan mendapat pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk sahsiah, memperluas pemikiran, dan meningkatkan kualiti hidup. Beliau memberi peringatan kepada ibu bapa agar memastikan anak-anak sekurang-kurangnya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat SPM. Beliau berpendapat, SPM merupakan titik permulaan dalam membina masa depan yang lebih baik. Ibu bapa tidak boleh terlalu mengikut kehendak anak-anak apabila mereka berkata lebih baik berkerja dari belajar kerana kehidupan di hari ini lebih memerlukan wang berbanding pelajaran. Ustaz tersebut juga melahirkan rasa bimbang terhadap keadaan yang berlaku kebelakangan ini apabila di negeri Johor sahaja terdapat lebih dari 900 sehingga 1,000 anak-anak muda yang beralih untuk berkerja di Singapura dari mengambil SPM. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negeri Johor tetapi juga di seluruh negara.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata, Pendidikan (KPM) mengambil langkah proaktif dan komprehensif bagi menyelesaikan isu pelajar yang enggan belajar atau tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam usaha mengelak keciciran pendidikan di negara ini. Gaya hidup iaitu membenarkan keputusan anak tidak mengambil peperiksaan SPM susulan mereka memilih bekerja lebih awal untuk mendapat pendapatan bagi membantu menyara keluarga tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Keadaan ini jika dibiar berterusan akan menyebabkan pelajar berasakan pendidikan tidak memberi jaminan kepada kehidupan mereka pada masa depan. Sebab itu mereka mengambil keputusan berhenti belajar atau tidak mengambil peperiksaan dan terus bekerja.
Menurutn Pengarah Pembangunan Akademik Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa ), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Suriyani Ariffin berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyediakan satu platform pilihan lain bagi pelajar bukan hanya SPM. Kerajaan perlu menyediakan pelbagai sijil lain yang setaraf dengan SPM sebagai penanda aras untuk pelajar masuk ke pengajian lebih tinggi kelak. Dengan adanya sijil ini, pelajar mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih program atau bidang diminati.
Program terkini yang disediakan oleh kerajaan Malaysia adalah TVET. Maksud TVET adalah : Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Objektif TVET diperkenalkan adalah untuk mempersiapkan modal insan negara agar mempunyai ilmu serta kemahiran yang diperlukan di pasaran tenaga kerjadan untuk memastikan ianyaselari dengan misi Malaysia dalam menjadi negara maju. Sehubungan dengan itu, dalam mengejar misi tersebut, tonggak yang menyokong kepada perubahan sektor eko nomi yang berasaskan pengetahuan adalah amat diperlukan dan salah satunya ialah pendidikan vokasional dan teknikal. Oleh yang demikian, Kerajaan telah memperkenalkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional(TVET) dalam memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam bidang-bidang tertentu khususnya bidang teknikal dan kemahiran.
Kepada ibu bapa yang buntu untuk memikirkan masa depan anak-anak yang kurang berminat untuk meneruskan pelajaran di dalam bidang akedemi, syorkan kepada anak-anak anda untuk menyertai program TVET ini kerana ia merupa penyediaan bagi anak-anak muda negara untuk meraih pendapatan yang tinggi apabila tamat latihan nanti. Disamping itu dengan adanya program TVET ini, tenaga buruh asing yang kini memenuhi industri kemahiran negara kita akan dapat di kurangkan dan negara kita juga akan berjaya seperti negara Jepun dan Korea serta beberapa negara di dunia yang lain yang hanya di penuhi oleh warga tempatan. Selain itu, dengan mengambil warga tempatan sebagai pekerja yang mengisi bidang kemahiran, aliran keluar wang negara dapat di kurangkan dan negara kita akan menjadi negara yang stabil dari segi ekonomi dan akan menuju untuk menjadi negara yang kaya raya suatu hari nanti.
#Prezcom
Lebih Banyak Berita: