Terlebih Muatan Simen Sehingga 16 Tan Menjadi Punca Tayar Lori Tercabut Dan Meragut 7 Nyawa Pada Disember Lalu.
Syarikat lori itu akan dituduh kali pertama di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada 4 Mac ini di bawah dua seksyen berkenaan.

Kuala Lumpur, 11 Jan 2025, 5.00 petang – PENGARAH Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff menyatakan muatan simen melebihi had dipercayai menjadi punca kerosakan tayar pada lori dan tercabut menyebabkan nahas mengorbankan tujuh individu manakala 33 lagi cedera dalam kemalangan Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Disember tahun lalu.

Menurutnya Firdaus, kesalahan itu menyebabkan syarikat lori jenis Foton itu bakal diheret ke Mahkamah Majistret Alor Gajah pada 4 Mac ini. Hasil siasatan mendapati, sebab utama berlakunya kerosakan pada tayar lori itu adalah di sebabkan membawa melebihi had muatan serbuk simen OPC sebanyak 31 peratus atau 16,260 kilogram (16.2 tan) daripada had yang dibenarkan.

Syarikat lori tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 selain kenderaan tersebutboleh dilucuthakkan di bawah Seksyen 80(4) akta sama. Syarikat berkenaan akan dituduh kali pertama di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada 4 Mac ini di bawah dua seksyen berkenaan. Pada masa yang sama. saman juga telah diserahkan kepada pemilik syarikat pada 7 Februari lalu.

Terdahulu, nahas pada Disember tahun lalu membabitkan sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala selatan, sementara sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima, treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju arah utara.

Siasatan awal mendapati bas persiaran tersebut terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan tiga kenderaan lain

#Kredit – Malaysia Gazatte

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Jadilah Pemecah Masalah. Bukan Pembawa Masalah.