Penutupan Unit DOJ Oleh Donald Trump Tidak Akan Menjejaskan Usaha Pemulihan Aset IMDB - Johari Ghani
Penutupan unit tersebut oleh Trump tidak penting untuk Malaysia kerana usaha untuk mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan 1MDB itu boleh diteruskan tanpa campur tangan dan tindakan dari AS.

Kuala Lumpur, 11 Jan 2025, 5.00 petang – PENGERUSI pasukan petugas 1MDB Johari Abdul Ghani berkata, keputusan Amerika Syarikat menutup unit antirasuah elit Jabatan Kehakiman (DOJ) tidak akan menjejaskan Malaysia dalam apa-apa urusan pun berkaitan 1MDB.

Menurut beliau penutupan unit tersebut oleh Trump tidak penting untuk Malaysia kerana usaha untuk mendapatkan semula aset yang dikaitkan dengan 1MDB itu boleh diteruskan tanpa campur tangan dan tindakan dari AS.

Misi membaik pulih dana 1MDB yang dikatakan mengalir diseluruh dunia bukan sahaja cuba di usahakan di AS, malah ia melibatkan beberapa negara lain seperti Switzerland, United Kingdom, Hong Kong, Singapura dan banyak negara lagi.

Menurut Johari, urusan mengenai 1MDB sedang dalam fasa pemulihan dan masih percaya bahawa syarikat Goldman Sachs masih belum membuat penyelesaian dengan Malaysia

Bradley Hope, seorang wartawan penyiasatan mendedahkan bahawa Presiden AS Donald Trump baru sahaja membubarkan unit elit antirasuah DOJ yang pernah mendakwa skandal 1MDB selama beberapa tahun.

Menurut Hope lagi, Peguam Negara AS yang baru dilantik, Pam Bondi, telah membubarkan unit senyap DOJ tersebut secara senyap pada 5 Februari yang lalu. Penutupan itu termasuk juga unit Pasukan Petugas KleptoCapture.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkeyakinan bahawa keputusan Presiden AS Donald Trump tidak akan menjejaskan kerjasama berterusan Malaysia dengan AS untuk memulihkan aset 1MDB.

Walau apa pun, banyak usaha yang berjaya diusahakan oleh kedua-dua unit iaitu unit elit antirasuah DOJ dan unit Pasukan Petugas KleptoCapture telah berjaya memulihkan berbilion-bilion dolar aset 1MDB yang dicuri sejak 2010.

Kredit – MalaysiaKini

#Prezcom

Lebih Banyak Berita:

Terlebih Muatan Simen Sehingga 16 Tan Menjadi Punca Tayar Lori Tercabut Dan Meragut 7 Nyawa Pada Disember Lalu.