
Kuala Lumpur, 10 Jan 2025, 6.00 petang – UNTUK makluman kepada semua yang dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0, mereka adalah diwajibkan untuk menjalani latihan itu.
Sekiranya individu yang terlibat tidak dapat menyertai latihan tersebut, mereka dimestikan untuk memberi alasan yang kukuh bersama dengan surat permohonan untuk penangguhan terlebih dahulu.
Kepada individu yang dipanggil tetapi berkerja, para majikan perlu memberi pelepasan untuk mereka menghadiri latihan tersebut.
Sekiranya majikan didapati gagal untuk memberi kerjasama bagi memberi kebenaran, majikan tersebut perlu memberi alasan atau justifikasi atas sebab-sebab tertentu mengapa tidak memberi kerjasama kepada pihak yang menguruskan latihan PLKN berkenaan.
Permohonan penangguhan latihan PLKN 3.0 ini hanya melibatkan siri ke-dua dan siri akan datang. Untuk latihan siri pertama ia hanya merupakan pelatih sukarela yang ingin mencuba latihan PLKN dan tidak memerlukan sebarang permohonan.
#Kredit – Harian Metro
Lebih Banyak Berita:
Petronas Perlu Berterus Terang Mengenai Isu Mengurangkan Bilangan Kakitangannya.?